Pendidikan reka cipta menerusi sistem pembelajaran web berasaskan prinsip Andragogi dan pembelajaran arah diri
Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai keberkesanan sistem pembelajaran web pendidikan reka cipta berasaskan prinsip andragogi dan pembelajaran arah diri (PAD) yang dikenali sebagai PROUD. Kajian awal terhadap persepsi pensyarah dan pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2013
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/37955/5/NorFadilaMohdAminPFP2013.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/37955/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai keberkesanan sistem pembelajaran web pendidikan reka cipta berasaskan prinsip andragogi dan pembelajaran arah diri (PAD) yang dikenali sebagai PROUD. Kajian awal terhadap persepsi pensyarah dan pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pendidikan reka cipta telah dilaksanakan menggunakan soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar memerlukan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, ruang untuk berinteraksi dan kolaborasi serta lebih banyak masa pertemuan untuk aktiviti proses reka cipta. Di samping itu, mereka bersetuju tentang kepentingan aplikasi teknologi komunikasi dan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan reka cipta. Dapatan kajian juga menunjukkan 42.9% pelajar berada pada tahap kesediaan PAD yang sederhana. Berdasarkan dapatan ini, PROUD telah dibangunkan menggunakan Joomla!TM. Kajian pra eksperimen satu kumpulan ujian pra-ujian pos yang melibatkan 30 pelajar sarjana muda pendidikan teknik dan vokasional telah dijalankan. Perubahan tahap kesediaan PAD dan persepsi pelajar tentang keupayaan menyelesaikan masalah diukur menggunakan analisis rack dan stack model Rasch. Keputusan ujian pra dan ujian pos tahap kesediaan PAD adalah masing-masing 1.28 ± 0.94 logits dan 1.96 ± 0.97 logits. Manakala keputusan ujian pra dan ujian pos persepsi terhadap keupayaan menyelesaikan masalah adalah - 0.15 ± 1.55 logits dan -0.75 ± 0.98 logits. Dapatan ini menunjukkan tahap kesediaan PAD pelajar dan persepsi mereka terhadap keupayaan menyelesaikan masalah telah meningkat secara signifikan selepas menggunakan PROUD (ujian-t sampel berpasangan, p = 0.00; p = 0.032). Interaksi antara pelajar dengan kandungan PROUD menunjukkan isi kandungan merupakan menu yang paling kerap dikunjungi manakala kemudahan web yang paling kerap digunakan adalah metric conversion. Interaksi antara pelajar dengan pelajar dalam ruangan forum menunjukkan majoriti komunikasi adalah berkaitan topik pembinaan model. Ini membuktikan penggunaan PROUD berupaya meningkatkan tahap kesediaan PAD pelajar, merubah persepsi mereka terhadap keupayaan menyelesaikan masalah dan membantu mereka dalam proses reka cipta. |
---|