Meningkatkan Efikasi Perguruan dan Interaksi Guru Pelatih dan Pensyarah Pembimbing dalam Penyeliaan Latihan Mengajar (Kursus Praktikum Keguruan) Menerusi e-Supervision Secara Dalam Talian (S/O: 14754)
PPPM 2023-2015 yang dirancang oleh kerajaan adalah satu usaha untuk memastikan kualiti pendidikan yang terima oleh murid di Malaysia adalah setara dengan piawaian antarabangsa bagi menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Bagi membangunkan guru yang berkualiti, aspek praktikum menjadi satu komponen...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31704/1/14754.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31704/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | PPPM 2023-2015 yang dirancang oleh kerajaan adalah satu usaha untuk memastikan kualiti pendidikan yang terima oleh murid di Malaysia adalah setara dengan piawaian antarabangsa bagi menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Bagi membangunkan guru yang berkualiti, aspek praktikum menjadi satu komponen penting dalam program pendidikan guru di Malaysia. Setiap guru pelatih yang menjalani latihan perguruan sama ada di Insititut Pendidikan Guru atau di universiti-universiti awam diwajibkan untuk menjalani praktikum. Amalan praktikum diterima dengan meluas sebagai komponen yang amat penting dan dipandang tinggi oleh guru pelatih sebagai komponen yang membantu mereka membangunkan kecekapan dan identiti profesional mereka sebagai guru. Fungsi praktikum adalah untuk memberi pengalaman praktikal kepada bakal-bakal guru secara sistematik supaya guru-guru pelatih dapat mempraktikkan pengetahuan teori dan kemahiran mengajar dalam situasi yang sebenar di bilik darjah. Salah satu elemen penting dalam praktikum ialah penyeliaan pensyarah. Aspek penyeliaan merupakan salah satu aspek yang berpengaruh dalam menghasilkan guru pelatih yang berkualiti dari segi pembentukan kualiti pengajaran dan personaliti guru. Walaupun aspek penyeliaan dianggap memberi pengaruh kepada proses melahirkan guru yang bermutu, namum penyeliaan pensyarah menjadi sukar apabila iklim praktikum berhadapan dengan kekangan seperti situasi pandemiK dan jarak lokasi yang terlalu jauh bagi seseorang pensyarah melaksanakan proses penyeliaan. Oleh yang demikian, kajian ke arah mengenalpasti pelaksanaan penyeliaan alternatif melalui konsep e-Supervision diperlukan bagi melihat dengan teliti sama ada konsep ini mampu memberi impak terhadap amalan praktikum dan pembelajaran guru pelatih. Hasil kajian ini mendapati konsep e-Supervision melalui platform digital seperti Google meet, Google classroom, Zoom dan Webex meeting boleh dimanfaatkan sebagai alternatif. Penggunaan e-Supervision memberi manfaat kepada pensyarah dan guru pelatih apabila aktiviti penyeliaan dapat dibuat secara jarak jauh. Masa dan kos penyeliaan dapat diminimakan. Malah rakaman digital yang dibuat membolehkan guru pelatih membuat refleksi pengajaran yang lebih baik. Kajian ini memberi maklumat asas supaya satu modul e-Supervision yang lebih komprehensif dapat dibina melalui penyelidikan akan datang |
---|