Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia

Pelaksanaan transformasi sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk melengkapkan setiap pelajar dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Oleh yang demikian, guru pada abad ke-21 perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan pemudahcaraa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Yunus, Laila Manja
Format: Thesis
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90763/1/FPP%202020%2027%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90763/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.90763
record_format eprints
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
topic Educational change - Selangor (Malaysia)
Educational leadership
School management and organization
spellingShingle Educational change - Selangor (Malaysia)
Educational leadership
School management and organization
Mohd Yunus, Laila Manja
Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia
description Pelaksanaan transformasi sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk melengkapkan setiap pelajar dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Oleh yang demikian, guru pada abad ke-21 perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan mereka agar seiring dengan perkembangan pendidikan moden pada masa kini. Kualiti kepemimpinan pengetua yang inovatif menjadi pemangkin dalam melahirkan guru yang inovatif untuk mencapai aspirasi sistem pendidikan. Justeru, peranan pengetua sebagai pemimpin sekolah adalah penting bagi meningkatkan keprihatinan guru-guru untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran bagi mencapai matlamat pendidikan negara. Kajian ini bertujuan menentukan tahap keprihatinan inovasi guru, kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan instruksional pengetua serta mengenal pasti hubungan kedua-dua kepemimpinan pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Petaling Perdana, Selangor. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji faktor peramal dimensi kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua terhadap keprihatinan inovasi PdPc guru. Kajian yang berbentuk deskriptif korelasi ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan instrumen The Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) dibina oleh Hallinger dan Murphy (1985), Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ 5X) dibina oleh Bass dan Avolio (1997) dan Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) dibina oleh Hall dan Hord (2011). Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik sebagai instrumen utama, seramai 350 orang guru daripada 44 buah sekolah menengah harian daerah Petaling Perdana telah dipilih secara teknik pensampelan rawak mudah untuk dijadikan responden kajian. Semua data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, skor min, sisihan piawai, korelasi dan analisis regresi. Dapatan kajian mendapati pengetua sekolah menengah harian daerah Petaling Perdana mengamalkan kepemimpinan transformasional (M=3.84, SP=0.60) dan instruksional (M=3.82, SP=0.591) pada tahap tinggi. Seterusnya keprihatinan inovasi PdPc guru di sekolah menengah kebangsaan harian dalam Daerah Petaling Perdana juga berada pada tahap tinggi dengan nilai min tahap kesan (M=5.42, SP=0.629), tahap kerjasama (M=5.41, SP=0.637), tahap peribadi (M5.34, SP=0.610), tahap pemfokusan semula (M=5.28, SP=0.659). Tahap maklumat (M=5.08, SP=0.589) tahap kesedaran (M=4.89, SP=0.951) dan tahap pengurusan berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.98, SP=0.500) dan ini jelas menggambarkan guru telah mula prihatin untuk melakukan inovasi dalam PdPc. Dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan transformasional mempunyai hubungan yang signifikan, kekuatan sederhana dengan tahap kesan pada nilai r = 0.447 dan sig = 0.000 (p<0.01), diikuti tahap pemfokusan semula dengan nilai r = 0.420 dan sig = 0.000 (p˂0.01), tahap kerjasama dengan nilai r = 0.349 dan sig = 0.00 (p˂0.01), dimensi peribadi pada nilai r = 0.340 dan sig = 0.00 (p˂0.01), tahap maklumat dengan nilai r = 0.321 dan sig = 0.000 (p˂0.01) dan hubungan yang signifikan dengan kekuatan lemah antara kepemimpinan transformasional dengan tahap pengurusan, nilai r = 0.159 dan sig = 0.00 (p˂0.01). Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepemimpinan transformasional dengan tahap kesedaran, nilai r = 0.058 dan sig = 0.000 (p˂0.01). Manakala dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan instruksional pengetua mempunyai hubungan yang positif dan signifikan pada tahap sederhana dengan tahap pemfokusan semula pada nilai r = 0.434 dan sig 0.00 (p˂0.01), tahap kesan pada nilai r = 0.433 dan sig 0.00 (p˂0.01), tahap kerjasama pada nilai r = 0.340 dan sig 0.00 (p˂0.01), tahap peribadi pada nilai r =0.335 dan sig 0.00 (p˂0.01), dan tahap maklumat pada nilai r = 0.287 dan sig 0.00 (p˂0.01) dan terdapat hubungan positif yang signifikan dengan kekuatan hubungan lemah antara kepemimpinan instruksional dengan tahap pengurusan pada nilai r = 0.195 dan sig 0.00 (p˂0.01).Tidak terdapat hubungan yang signifikan tahap kesedaran pada nilai r =0.004 dan sig 0.00 (p˂0.01) keprihatinan inovasi PdPc guru kepemimpinan instruksional. Berdasarkan analisis regresi yang telah dijalankan, dapatan kajian menunjukkan faktor peramal terhadap keprihatinan inovasi PdPc guru di sekolah menengah adalah dimensi pertimbangan individu dan pengaruh ideal bagi kepemimpinan transformasional dan dimensi menguruskan program pengajaran bagi kepemimpinan instruksional. Hal ini menunjukkan dimensi-dimensi daripada kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua mempunyai pengaruh terhadap keprihatinan inovasi pdPc guru. Semua dimensi ini perlu diberi perhatian lebih dan ditingkatkan lagi untuk mendorong keprihatinan guru terhadap inovasi PdPc ke tahap yang lebih tinggi. Kesimpulannnya, peranan kepemimpinan pengetua adalah sangat penting bagi meningkatkan keprihatinan inovasi PdPc guru ke arah kaedah penyampaian ilmu yang lebih kreatif dan inovatif kepada pelajar untuk mencapai matlamat pendidikan negara iaitu menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif. Sehubungan itu, satu kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengkaji hubungan pemboleh ubah tidak bersandar yang lain terhadap inovasi PdPc guru serta menggunakan teori yang berbeza agar keprihatinan terhadap inovasi dapat ditingkatkan selaras dengan matlamat PPPM iaitu untuk memastikan bahawa belia Malaysia berkembang secara holistik dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia yang semakin kompetitif dan tidak menentu.
format Thesis
author Mohd Yunus, Laila Manja
author_facet Mohd Yunus, Laila Manja
author_sort Mohd Yunus, Laila Manja
title Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia
title_short Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia
title_full Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia
title_fullStr Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia
title_full_unstemmed Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia
title_sort hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di selangor, malaysia
publishDate 2020
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90763/1/FPP%202020%2027%20-%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90763/
_version_ 1712286800713613312
spelling my.upm.eprints.907632021-09-20T00:49:51Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90763/ Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia Mohd Yunus, Laila Manja Pelaksanaan transformasi sistem pendidikan kebangsaan adalah untuk melengkapkan setiap pelajar dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Oleh yang demikian, guru pada abad ke-21 perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan pemudahcaraan mereka agar seiring dengan perkembangan pendidikan moden pada masa kini. Kualiti kepemimpinan pengetua yang inovatif menjadi pemangkin dalam melahirkan guru yang inovatif untuk mencapai aspirasi sistem pendidikan. Justeru, peranan pengetua sebagai pemimpin sekolah adalah penting bagi meningkatkan keprihatinan guru-guru untuk melaksanakan inovasi dalam pengajaran bagi mencapai matlamat pendidikan negara. Kajian ini bertujuan menentukan tahap keprihatinan inovasi guru, kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan instruksional pengetua serta mengenal pasti hubungan kedua-dua kepemimpinan pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan guru sekolah menengah di daerah Petaling Perdana, Selangor. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji faktor peramal dimensi kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua terhadap keprihatinan inovasi PdPc guru. Kajian yang berbentuk deskriptif korelasi ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan instrumen The Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) dibina oleh Hallinger dan Murphy (1985), Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ 5X) dibina oleh Bass dan Avolio (1997) dan Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) dibina oleh Hall dan Hord (2011). Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui borang soal selidik sebagai instrumen utama, seramai 350 orang guru daripada 44 buah sekolah menengah harian daerah Petaling Perdana telah dipilih secara teknik pensampelan rawak mudah untuk dijadikan responden kajian. Semua data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, skor min, sisihan piawai, korelasi dan analisis regresi. Dapatan kajian mendapati pengetua sekolah menengah harian daerah Petaling Perdana mengamalkan kepemimpinan transformasional (M=3.84, SP=0.60) dan instruksional (M=3.82, SP=0.591) pada tahap tinggi. Seterusnya keprihatinan inovasi PdPc guru di sekolah menengah kebangsaan harian dalam Daerah Petaling Perdana juga berada pada tahap tinggi dengan nilai min tahap kesan (M=5.42, SP=0.629), tahap kerjasama (M=5.41, SP=0.637), tahap peribadi (M5.34, SP=0.610), tahap pemfokusan semula (M=5.28, SP=0.659). Tahap maklumat (M=5.08, SP=0.589) tahap kesedaran (M=4.89, SP=0.951) dan tahap pengurusan berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.98, SP=0.500) dan ini jelas menggambarkan guru telah mula prihatin untuk melakukan inovasi dalam PdPc. Dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan transformasional mempunyai hubungan yang signifikan, kekuatan sederhana dengan tahap kesan pada nilai r = 0.447 dan sig = 0.000 (p<0.01), diikuti tahap pemfokusan semula dengan nilai r = 0.420 dan sig = 0.000 (p˂0.01), tahap kerjasama dengan nilai r = 0.349 dan sig = 0.00 (p˂0.01), dimensi peribadi pada nilai r = 0.340 dan sig = 0.00 (p˂0.01), tahap maklumat dengan nilai r = 0.321 dan sig = 0.000 (p˂0.01) dan hubungan yang signifikan dengan kekuatan lemah antara kepemimpinan transformasional dengan tahap pengurusan, nilai r = 0.159 dan sig = 0.00 (p˂0.01). Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kepemimpinan transformasional dengan tahap kesedaran, nilai r = 0.058 dan sig = 0.000 (p˂0.01). Manakala dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan instruksional pengetua mempunyai hubungan yang positif dan signifikan pada tahap sederhana dengan tahap pemfokusan semula pada nilai r = 0.434 dan sig 0.00 (p˂0.01), tahap kesan pada nilai r = 0.433 dan sig 0.00 (p˂0.01), tahap kerjasama pada nilai r = 0.340 dan sig 0.00 (p˂0.01), tahap peribadi pada nilai r =0.335 dan sig 0.00 (p˂0.01), dan tahap maklumat pada nilai r = 0.287 dan sig 0.00 (p˂0.01) dan terdapat hubungan positif yang signifikan dengan kekuatan hubungan lemah antara kepemimpinan instruksional dengan tahap pengurusan pada nilai r = 0.195 dan sig 0.00 (p˂0.01).Tidak terdapat hubungan yang signifikan tahap kesedaran pada nilai r =0.004 dan sig 0.00 (p˂0.01) keprihatinan inovasi PdPc guru kepemimpinan instruksional. Berdasarkan analisis regresi yang telah dijalankan, dapatan kajian menunjukkan faktor peramal terhadap keprihatinan inovasi PdPc guru di sekolah menengah adalah dimensi pertimbangan individu dan pengaruh ideal bagi kepemimpinan transformasional dan dimensi menguruskan program pengajaran bagi kepemimpinan instruksional. Hal ini menunjukkan dimensi-dimensi daripada kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua mempunyai pengaruh terhadap keprihatinan inovasi pdPc guru. Semua dimensi ini perlu diberi perhatian lebih dan ditingkatkan lagi untuk mendorong keprihatinan guru terhadap inovasi PdPc ke tahap yang lebih tinggi. Kesimpulannnya, peranan kepemimpinan pengetua adalah sangat penting bagi meningkatkan keprihatinan inovasi PdPc guru ke arah kaedah penyampaian ilmu yang lebih kreatif dan inovatif kepada pelajar untuk mencapai matlamat pendidikan negara iaitu menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif. Sehubungan itu, satu kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengkaji hubungan pemboleh ubah tidak bersandar yang lain terhadap inovasi PdPc guru serta menggunakan teori yang berbeza agar keprihatinan terhadap inovasi dapat ditingkatkan selaras dengan matlamat PPPM iaitu untuk memastikan bahawa belia Malaysia berkembang secara holistik dan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia yang semakin kompetitif dan tidak menentu. 2020-06 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90763/1/FPP%202020%2027%20-%20IR.pdf Mohd Yunus, Laila Manja (2020) Hubungan antara kepemimpinan transformasional dan instruksional pengetua dengan keprihatinan inovasi pembelajaran dan pemudahcaraan guru sekolah menengah harian di Selangor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Educational change - Selangor (Malaysia) Educational leadership School management and organization
score 13.211869