Meneroka impak dan cabaran pensyarah terhadap pelaksanaan e-pembelajaran di Kolej Vokasional Zon Tengah, Malaysia
Penubuhan Kolej Vokasional bermatlamat sebagai satu agen perubahan Transformasi Pendidikan Vokasional dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia mencetus perubahan corak pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) pensyarah selaras dengan kemajuan era digital dan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia. Pembelajar...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2019
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76799/1/ICERP_2019-10.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76799/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penubuhan Kolej Vokasional bermatlamat sebagai satu agen perubahan Transformasi Pendidikan Vokasional dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia mencetus perubahan corak pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) pensyarah selaras dengan kemajuan era digital dan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia. Pembelajaran digital melalui e-Pembelajaran telah lama diaplikasikan di institusi pengajian tinggi namun masih kurang diberi pendedahan peringkat Kolej Vokasional. Kajian telah dijalankan dalam membangunkan model pengajaran berasaskan e-Pembelajaran dan pembelajaran teradun, sebaliknya pelaksanaannya dilihat tidak menyeluruh dan kurang mendapat sambutan. Justeru, satu kajian telah dijalankan menggunakan kaedah kajian kes kualitatif ini dilaksanakan untuk meneroka persepsi pensyarah Kolej Vokasional terhadap impak dan cabaran penggunaan e-Pembelajaran dalam pembelajaran dan pemudahcaraan berteraskan hasil di Kolej Vokasional. Proses pengumpulan data di lapangan kajian menggunakan teknik temubual mendalam dan analisa dokumen terhadap pensyarah Kolej Vokasional Zon Tengah yang melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Analisis tematik dengan menggunakan perisian Atlas.Ti versi 8 digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian yang dijalankan. Dapatan kajian mendapati impak pensyarah Kolej Vokasional terhadap penggunaan e-Pembelajaran dalam PdPc seharian dapat membantu dari menjadi sumber utama memperolehi maklumat, dapat menggalakkan pembelajaran interaktif dan juga memudahkan proses penilaian dan pentaksiran. Manakala cabaran yang dihadapi adalah dari aspek kemudahan prasarana dan juga pendedahan pensyarah. |
---|