Penentuan ciri-ciri fizikal dan kimia susu lembu mentah dan susu lembu yang dirawat
Satu kajian ke atas ciri-ciri flzikal dan ldmia bagi susu lembu berjenama Desa iaitu susu lembu mentah dan susu lembu yang dirawat melalui proses pempasteuran dan penghomogenan telah dijalankan. Dua sampel susu mentah diperolehi dari Pusat Pengumpulan Susu Desa Farm, Kundasang, Sabah manakala sampel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English |
Published: |
2009
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13731/1/ae0000003111.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13731/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Satu kajian ke atas ciri-ciri flzikal dan ldmia bagi susu lembu berjenama Desa iaitu susu lembu mentah dan susu lembu yang dirawat melalui proses pempasteuran dan penghomogenan telah dijalankan. Dua sampel susu mentah diperolehi dari Pusat Pengumpulan Susu Desa Farm, Kundasang, Sabah manakala sampel susu yang dirawat dibeli dari Pasaraya Servay di Likas, Sabah. Ciri-ciri fizikal yang dianalisis adalah
kandungan air, kandungan pepejal susu dan kandungan abu manakala ciri-ciri kimia yang dianalisis adalah kandungan lemak protein dan mineral (kalsium, kalium, natrium dan
magnesium) di samping elemen surihan (besi dan zink). Daripada analisis yang didapati dengan menggunakan alat pembelru-kering, kandungan air bagi susu lembu adalah di
menghampiri 87%. Kandungan pepejal susu bagi setiap liter sampel susu adalah di antara 128.4 g dan 131.4 g. Purata kandungan abu dalam sampel susu yang dikaji menggunakan
relau adalah di antara 46.5 mg/g dan 56.2 mglg. Bagi analisis lemak menggunakan soxhlet, keputusan yang diperolehi adalah di antara 300 mg/g dan 313 mg/g. Kandungan
protein menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu 17.7 mg/g dan 34.3 mg/g. Penentuan kandungan mineral menggunakan ICP-OES dan AAS menunjukkan unsur-unsur yang hadir adalah kalsium, kalium, natrium, magnesium, ferum dan zink. Kandungan kalsium, kalium, natrium dan magnesium yang hadir adalah di antara 15.5 mglg dan 16.3 mg/g; 17.1 mg/g dan 20.3 mg/g; 4.5 mg/g dan 7.0 mg/g; dan 1.5 mg/g dan 2.0 mg/g masing-masing. Kandungan elemen surihan iaitu besi dan zink adalah di antara 0.01 mg/g dan 0.03 mglg serta 0.06 mglg dan 0.07 mg/g masing-masing. Secara kesimpulannya, hanya
kandungan protein menunjukkan perbezaan yang ketara di antara sampel susu mentah dan susu dirawat |
---|