Hubungan motivasi (intrinsik & ekstrinsik) terhadap kepuasan kerja pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Terengganu Dan Pahang
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan dan faktor peramal/penyumbang di antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap kepuasan kerja di kalangan Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia juga bertujuan untuk mengetahui tahap motivasi intrinsik, ekstrinsik dan kep...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | UMK Etheses |
Language: | English |
Published: |
2015
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8751/1/Laila%20Nazura%20binti%20Nawi.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8751/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan dan faktor peramal/penyumbang di antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap kepuasan kerja di kalangan Pegawai Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia juga bertujuan untuk mengetahui tahap motivasi intrinsik, ekstrinsik dan kepuasan kerja pegawai serta mengetahui sama ada terdapat perbezaan di antara ciri-ciri demografi dengan kepuasan kerja. Soal selidik work preference inventory (WPI) yang telah dibangunkan oleh Amabile, T.M (1987) digunakan untuk mengukur tahap motivasi respondan manakala Job satisfaction servey (JSS) yang telah dibangunkan oleh Paul E. Spector (1999) digunakan untuk mengukur tahap kepuasan kerja. Seramai 167 orang Pegawai Belia dan Sukan dalam kumpulan pelaksana yang terlibat dalam kajian ini. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS versi 19. Analisis korelasi pearson mendapati terdapat hubungan yang signifikan di anatara motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap kepuasan kerja pegawai manakala analisis regrasi berganda menunjukkan hanya faktor ekstrinsik sahaja yang memberi sumbangan dan pengaruh terhadap kepuasan kerja (R² =0.066; P < 0.05; P = 0.00). Ini menunjukkan faktor ekstrinsik menyumbang sebanyak 6.6% terhadap kepuasan kerja responden dan ianya perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan dalam memastikan tahap kepuasan pekerja mencapai tahap yang tinggi sekaligus dapat menyumbang kepada prestasi kerja yang cemerlang. |
---|