Perubahan pencapaian mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) terhadap pencapaian pelajar di tingkatan 4 bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini melibatkan dua set modul, iaitu modul PBP dengan scaffolding dan modul PBP sedia ada (U...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/8844/1/5Perubahan.pdf http://journalarticle.ukm.my/8844/ http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(1)_2015.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan untuk mengkaji pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) terhadap pencapaian
pelajar di tingkatan 4 bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini melibatkan dua set
modul, iaitu modul PBP dengan scaffolding dan modul PBP sedia ada (Unit Intel). Modul PBP dengan scaffolding direka
bentuk dan dibangunkan dengan menekankan secara spesifi k strategi pengajaran scaffolding, manakala modul PBP
sedia ada menggunakan templat perancangan Unit Intel. Reka bentuk kajian ialah kajian kuasi dengan reka bentuk
kumpulan kawalan tak seimbang yang melibatkan satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Sampel kajian
terdiri daripada 47 orang pelajar tingkatan 4, di dua buah sekolah di daerah Kerian, Perak, masing-masing 27 orang
pelajar kumpulan rawatan dan 20 orang pelajar kumpulan kawalan. Pengujian statistik yang dilaksanakan ialah
analisis kovarian (ANCOVA) pada aras signifi kan p < 0.05. Analisis ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifi kan bagi tahap pencapaian bagi kumpulan rawatan dengan kekuatan hubungan antara pendekatan dan
pencapaian sebanyak ω2 = 0.58. Hal ini menunjukkan bahawa min kumpulan rawatan mengatasi sebanyak 58 peratus
daripada kumpulan kawalan. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan PBP dengan scaffolding
boleh membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka. Oleh itu, disyorkan supaya PBP dengan scaffolding
diaplikasikan di dalam bilik darjah sebagai satu daripada pendekatan alternatif kepada pembelajaran yang berteraskan
teknologi seperti mata pelajaran TMK. |
---|