Pandangan pelajar tentang penggunaan kes dalam pembelajaran subjek etika
Makalah ini membincangkan penggunaan kes sebagai kaedah bagi pembelajaran subjek etika pembangunan. Kaedah ini memberi peluang pelajar berfikir secara aktif dan mengaplikasi prinsip etika. Kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus etika secara teori melalui kuliah sehala bagi tujuan aplikasi dan n...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/6943/1/6oke_geografia-jan-2014-Suraiya-edkatam.pdf http://journalarticle.ukm.my/6943/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini membincangkan penggunaan kes sebagai kaedah bagi pembelajaran subjek etika pembangunan. Kaedah
ini memberi peluang pelajar berfikir secara aktif dan mengaplikasi prinsip etika. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran kursus etika secara teori melalui kuliah sehala bagi tujuan aplikasi dan normatif adalah kurang sesuai.
Justeru itu penggunaan kes akan membuka ruang untuk pelajar berfikir secara kritis dan mengaplikasi prinsip etika.
Penyelidik telah melakukan percubaan terhadap pelajar tahun akhir yang mengikuti kursus etika pembangunan.
Mereka didedahkan kepada dua mode pengajaran, iaitu kuliah menggunakan kes pada lima minggu pertama dan
kuliah tradisional pada minggu seterusnya. Pada minggu ke-14 borang kaji selidik telah diedar bagi mendapatkan
pandangan pelajar berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan
kes telah membolehkan pelajar memahami teori dan aplikasi teori etika dengan lebih baik. Selain itu, penggunaan
kes semasa membolehkan pelajar mendapat pengetahuan tentang isu etika yang berpotensi mereka hadapi setelah
memasuki alam pekerjaan dan persekitaran industri yang sebenar. |
---|