Pengaruh humor self-enhancing ke atas hubungan antara stres kerja dan kesetiaan organisasi
Stres kerja telah menjadi kebimbangan bagi pihak pengurusan kerana ianya memberi kesan negatif kepada tingkah laku pekerja di tempat kerja. Oleh yang demikian, pihak pengurusan organisasi pada masa kini semakin cenderung mencari kaedah yang efektif untuk menyederhanakan kesan stres kerja. Juster...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2018
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/20408/1/18803-102257-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/20408/ https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1131 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Stres kerja telah menjadi kebimbangan bagi pihak pengurusan kerana ianya memberi kesan negatif kepada tingkah
laku pekerja di tempat kerja. Oleh yang demikian, pihak pengurusan organisasi pada masa kini semakin cenderung
mencari kaedah yang efektif untuk menyederhanakan kesan stres kerja. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenal pasti peranan humor self-enhancing sebagai penyederhana ke atas hubungan antara stres kerja dan kesetiaan
organisasi dalam kalangan pekerja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian keratan
rentas. Sebanyak 340 orang kakitangan kesihatan di Negeri Sabah terlibat dalam kajian ini. Hasil yang diperolehi
daripada analisis regresi menunjukkan bahawa tuntutan kerja berhubungkait secara negatif, manakala kawalan kerja
berhubungkait secara positif dengan kesetiaan organisasi dalam kalangan kakitangan kesihatan. Disamping itu,
didapati humor self-enhancing berperanan sebagai penyederhana yang signifikan ke atas hubungan antara kawalan
kerja dan kesetiaan organisasi. Dapatan ini menyediakan maklumat spesifik mengenai hubungan penting antara stres
kerja, kesetiaan organisasi dan humor self-enhancing. Ianya boleh membantu pihak pengurusan organisasi untuk
membina intervensi pengurusan stres kerja yang efektif untuk mengekalkan pekerja dalam organisasi. |
---|