Kursus penghayatan karya agung Melayu dalam program pensiswazahan guru sekolah rendah

Pada masa membentangkan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh,Perdana Menteri Malaysia telah mengusulkan supaya dipertingkatkan kualiti pelajar dengan meningkatkan kualiti guru.Usul ini antaranya menghasilkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPGSR) yang mensasarkan 60 peratus daripada gurunya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Nuraini
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/9877/1/Nura.pdf
http://repo.uum.edu.my/9877/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada masa membentangkan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh,Perdana Menteri Malaysia telah mengusulkan supaya dipertingkatkan kualiti pelajar dengan meningkatkan kualiti guru.Usul ini antaranya menghasilkan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPGSR) yang mensasarkan 60 peratus daripada gurunya memperoleh ijazah. Oleh itu, mauduk utama yang dibicarakan dalam makalah ini ialah ilmu guru khususnya kualiti ilmu guru.Sebagai latar, makalah ini menelusur beberapa konsep seperti pendidikan karakter dan nilai. Dipaparkan juga beberapa kajian yang bersangkut dengan kepentingan kesusasteraan. Makalah ini juga menyentuh berkenaan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR). Didapati bahawa Model Kualiti Ilmu Guru (Killen, 2007) menyangga PPGSR kerana terdapat komponen kualiti ilmu dari segi kandungan, gaya pengajaran dan gaya pembelajaran yang menjurus kepada ilmu pedagogi kandungan. Seterusnya dijelaskan secara ringkas berkaitan kursus Penghayatan Karya Agung Melayu.Seramai 103 orang guru di Kelantan dan 124 orang guru di Kedah mengikuti kursus yang penulis kendalikan.Daripada pencerapan didapati bahawa berlaku perubahan dari segi ilmu kandungan guru,iaitu dari segi ketepatan, keluasan dan kedalaman.Guru didapati lebih arif tentang pantun dan peribahasa jika dibandingkan dengan prosa klasik.Dari segi persepsi guru pula didapati mereka memikirkan cara menggunakan karya agung Melayu untuk menyerapkan nilai-nilai seperti pembetukan jati diri dan semangat, menghargai khazanah warisan, usaha menuntut ilmu, bekerjasama, hormat-menghormati, menggunakan aka1 fikiran, nilai persaudaraan, ganjaran, pesanan dan pedoman, nilai estetik dan pelbagai nilai lagi dalam kalangan murid-murid.Boleh dikatakan melalui PPGSK ini guru dapat menimba ilmu kesusasteraan warisan bangsa yang mula terpinggir di samping menjadi perantara yang akan membantu dalam pembinaan karakter bangsa Malaysia.Kajian seterusnya perlu dilakukan untuk menilai keberkesanan ilmu pedagogi kandungan kerana guru-guru ini juga mendapat input gaya pengajaran dan gaya pembelajaran dari kursus-kursus yang lain.