Kajian Keberkesanan Kursus Peralihan Sebelum Bersara: Kes UUM (S/O 14317)
Persediaan persaraan dapat didefinisikan sebagai proses seseorang individu yang bekerja membuat persedian secara fizikal, mental dan intelek dalam menempuh alam persaraan serta dapat menikmatai tempoh persaraan yang lebih berkualiti dan bermakna. Apapun mereka yang digelar pesara turut diberi kelebi...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English |
Published: |
UUM
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32006/1/14317%20-Technical%20Report.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32006/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Persediaan persaraan dapat didefinisikan sebagai proses seseorang individu yang bekerja membuat persedian secara fizikal, mental dan intelek dalam menempuh alam persaraan serta dapat menikmatai tempoh persaraan yang lebih berkualiti dan bermakna. Apapun mereka yang digelar pesara turut diberi kelebihan dengan disediakan tempoh persediaan persaraan. Universiti Utara Malaysia (UUM) menggunapakai Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam bagi Dasar Menghadiri Kursus Peralihan Sebelum Bersara Bagi Kakitangan UUM. Dasar ini bertujuan untuk menetapkan syarat bagi menghadiri kursus peralihan sebelum bersara untuk kakitangan UUM. Objektif Dasar ini adalah untuk menyediakan staf UUM yang akan meninggalkan perkhidmatan ke
pengetahuan dan persekitaran yang baru selain melengkapkan diri staf dengan beberapa ciri seperti kebolehan mengadakan jaringan, menyediakan pengetahuan mengenai peluang dan cabaran baru, menyediakan ketahanan mental dan psikologi serta menyediakan kebolehan menangani tekanan dan cabaran. Jenis-jenis kursus
atau latihan yang boleh dilaksanakan di bawah dasar ini adalah kursus mengenai dasar-dasar berkaitan persaraan, kursus atau seminar persediaan sebelum bersara dan program-program pendedahan peluang kerjaya selepas bersara. Kajian ini secara langsung bertujuan untuk meneliti dan mengenalpasti keberkesanan serta keperluan kepada kursus yang ditawarkan. Kajian ini juga Cuba memahami keperluan untuk meneruskan kursus ini di masa hadapan. Dapatan kajian telah mengenalpasti beberapa kelemahan antaranya pengurusan kos, pengendalian
kursus, tempoh kursus, jenis kursus serta tempat di mana kursus ditawarkan. Oleh itu penyelidik telah membuat cadangan penambahbaikan kepada pihak bertanggungjawab sekiranya kursus persediaan persaraan masih ingin diteruskan di masa hadapan. Dapatan kajian telah mencadangkan perubahan yang signifikan kepada pengendalian kursus melibatkan cara penilaian serta pengendalian kursus dilakukan. Dapatan kajian juga mencadangkan kos tanggungan setiap kursus dikurangkan dengan sebahagiannya ditanggung oleh bakal pesara sekiranya melebihi jumlah yang telah dicadangkan (RM2000), membangunkan profil
pengendali kursus dan monitoring, serta menggalakan penglibatan pakar dalaman (UUM) yang sedia ada bagi mengendalikan kursus yang telah tersedia. |
---|