Sekolah zakat: Peluang peningkatan kualiti hidup menerusi institusi pendidikan

Pendidikan merupakan antara elemen penting yang menjadi ukuran kualiti hidup manusia. Malah Islam juga sangat menekankan pendidikan dan kepentingan menuntut ilmu melalui wahyu pertama yang diturunkan. Namun begitu, bagi golongan asnaf, cabaran mereka lebih besar dalam memenuhi keperluan asas seperti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Nurul Azma, Hashim, Norashidah, Othman, Azizah, Md Tahir, Raziah, Mohd Azlan, Mohd Norhaizzat Naim
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2022
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28912/1/IJIB%2007%2001%202022%2060-75.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28912/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan merupakan antara elemen penting yang menjadi ukuran kualiti hidup manusia. Malah Islam juga sangat menekankan pendidikan dan kepentingan menuntut ilmu melalui wahyu pertama yang diturunkan. Namun begitu, bagi golongan asnaf, cabaran mereka lebih besar dalam memenuhi keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian dan makanan. Oleh itu, pendidikan dilihat jauh dari jangkauan mereka. Di sini, institusi zakat memainkan peranan yang penting bagi membantu asnaf melepaskan diri dari kepompong kemiskinan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup bermula dengan pendidikan. Penyelidikan ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji bantuan zakat yang diberikan dan kesan bantuan terhadap kualiti hidup. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif. Menggunakan persampelan bertujuan, 10 informan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Sekolah Zakat Kedah (SZK) ditemu bual. Analisis data dibantu dengan perisian Atlas.TI 9. Data bantuan-bantuan zakat pendidikan SZK dihuraikan secara terperinci dari tahun 2017 hingga 2021. Dapatan penyelidikan mendapati bahawa bantuan yang diberikan oleh LZNK menerusi SZK dapat membantu meneruskan kelangsungan operasi sekolah, memberi akses pendidikan kepada anak-anak asnaf dan juga memberi peluang kepada para guru dan komuniti sekitar yang merupakan sistem sokongan sekolah untuk menambahbaik kualiti hidup mereka secara tidak langsung. Dapatan penyelidikan ini diharap dapat membantu institusi zakat untuk mempertimbangkan potensi, mengaplikasi dan mengembangkan lagi model SZK ini bagi membantu keluarga asnaf dari aspek pendidikan.