Keberkesanan pemberian pembayang menggunakan agen pedagogi beranimasi dalam sistem latihan berasaskan web
Pembayang (hint) merupakan salah satu taktik pedagogi dalam pembelajaran terutamanya dalam pembelajaran secara berhadapan atau one-on-tutoring. Ia dapat bertindak sebagai pemangkin dalam mengaktifkan pengetahuan yang tersimpan di dalam pemikiran seseorang di samping mensimulasi kesimpulan yang diper...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2829/1/paper7mohd_fadli_ahdon.pdf http://repo.uum.edu.my/2829/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pembayang (hint) merupakan salah satu taktik pedagogi dalam pembelajaran terutamanya dalam pembelajaran secara berhadapan atau one-on-tutoring. Ia dapat bertindak sebagai pemangkin dalam mengaktifkan pengetahuan yang tersimpan di dalam pemikiran seseorang di samping mensimulasi kesimpulan yang diperlukan untuk memenuhi sesuatu tugas berpandukan pengetahuan yang telah diperolehi sebelum ini. Sejajar dengan perkembangan teknologi komputer dan internet, pelbagai sistem pembelajaran dan latihan dapat dicapai oleh pengguna. Namun yang demikian, kebanyakan sistem latihan yang sedia ada tidak dilengkapkan dengan strategi pedagogi yang sesuai seperti mana yang diterapkan oleh pengajar seperti di dalam kelas. Pelajar hanya membaca perkataan yang statik dan pembayang yang sama diberikan kepada setiap pelajar tanpa mengambilkira tahap kefahaman mereka (Brusilovsky, 1998). Justeru itu, tujuan penyelidikan ini ialah untuk memperkenalkan penggunaan agen pedagogi beranimasi dan melihat keberkesanannya untuk memberikan pembayang dalam sistem latihan berasaskan web. Skop soalan hanya tertumpu pada soalan objektif dan betul atau salah serta memfokuskan 3 topik dalam dalam bahasa pengaturcaraan java iaitu pengenalan java, pembinaan kelas dan penciptaan objek. Kaedah penyelidikan yang dijalankan melibatkan 6 fasa iaitu kajian awal dan ulasan karya, pembangunan prototaip, pengujian, analisis data dan dokumentasi. Selain itu, seramai 80 sampel data yang terdiri daripada pelajar sarjana muda dan diploma diuji bagi melihat keberkesanan penyampaian pembayang menggunakan agen pedagogi beranimasi. |
---|