Pembangunan dan penilaian pukal latihan literasi komputer guru sekolah
Integrasi komputer dalam pengajaran pembelajaran telah menjadi agenda penting bagi Kementerian Pelajaran Malaysia ( Pembangunan Pendidikan 2001-2010). Bagi mencapai hasrat ini, cabaran utama yang perlu diatasi ialah meningkatkan tahap penguasaan literasi komputer di kalangan guru-guru. Dalam tempoh...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://repo.uum.edu.my/2820/1/paper2che_soh.pdf http://repo.uum.edu.my/2820/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Integrasi komputer dalam pengajaran pembelajaran telah menjadi agenda penting bagi Kementerian Pelajaran Malaysia ( Pembangunan Pendidikan 2001-2010). Bagi mencapai hasrat ini, cabaran utama yang perlu diatasi ialah meningkatkan tahap penguasaan literasi komputer di kalangan guru-guru. Dalam tempoh 1996-2000, hanya 30% daripada guru-guru yang telah dilatih dalam penggunaan komputer dan teknologi komunikasi. Kuantiti guru yang mengikuti latihan ini masih lagi rendah berbanding dengan bilangan guru yang perlu dilatih. Kewujudan teknologi multimedia dan peningkatan kuasa pemproses mikro telah menjadikan komputer sebagai medium alternatif dalam proses latihan literasi komputer dikalangan guru. Penggunaan multimedia objek dalam penyampaian bahan pengajaran akan dapat meningkatkan tahap kefahaman dan penguasaan dikalangan pelajar (Mayer,2001). Oleh demikian, melalui projek ini satu pukal literasi komputer guru sekolah telah dibangunkan. Pukal literasi komputer dibangunkan dengan elemen multimedia termasuklah teks, grafik, audio, video dan animasi digunakan untuk mempersembahkan bahan latihan secara audio visual dan bersifat interaktif. Pukal yang dibangunkan ini mengkhusus kepada guru-guru di sekolah rendah dan menengah yang mempunyai tahap literasi komputer yang sederhana. Penilaian pukal literasi komputer ini telah dijalankan di kalangan guru-guru sekolah. |
---|