Amalan hijau dalam pendidikan tinggi melalui pendekatan ISO 14000

Tujuan kertas ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesedaran amalan hijau dalam pendidikan tinggi di kalangan pelajar melalui pendekatan ISO 14000.Pertubuhan Piawai Antarabangsa(ISO)14000 adalah satu siri, piawaian antarabangsa berkenaan pengurusan alam sekitar, panduan,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yaacob, Nur Farah, Osman, Nor Hasni
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://repo.uum.edu.my/22702/1/STML%E2%80%93Go%20Green%20%202016%201013%201021.pdf
http://repo.uum.edu.my/22702/
http://stmlportal.net/stmlgogreen2016/pdf/p1013.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kertas ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesedaran amalan hijau dalam pendidikan tinggi di kalangan pelajar melalui pendekatan ISO 14000.Pertubuhan Piawai Antarabangsa(ISO)14000 adalah satu siri, piawaian antarabangsa berkenaan pengurusan alam sekitar, panduan, dan laporan teknikal.Ia juga direka untuk mewakili keadaan seni sistem pengurusan alam sekitar dan menyediakan sesebuah institusi atau organisasi dengan rangka kerja sistematik untuk menyokong perlindungan alam sekitar.Oleh itu, untuk lebih mendalam mengenai kajian ini, Universiti Utara Malaysia(UUM) adalah lokasi kajian untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan mengetahui persepsi pelajar terhadap tahap komitmen,kepentingan dan keperluan berkenaan ISO14000.Tambahan lagi, untuk lebih khusus skop, sebanyak 11 buah Inapan Siswa (INASIS) adalah dipilih untuk menjalankan kajian melalui teknik pensampelan rawak mudah.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di mana soal selidik sebagai instrumen kajian telah diedarkan kepada 50 pelajar di UUM. Analisis data telah dijalankan dengan menggunakan analisis statistik deskriptif dan ujian analisis varian(ANOVA).Kajian ini menunjukkan bahawasanya menjadi keperluan kepada UUM untuk mendapat persijilan ISO14000 dan pada masa yang sama meningkatkan tahap komitmen juga kerana tahap komitmen berada di tahap sederhana. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai asas untuk membangunkan kempen yang berkesan mengurangkan pencemaran alam sekitar.