Pendekatan sistem pencegahan dan pemantauan tingkah laku kelansangan di sekolah berisiko tinggi di Negeri Kedah

Tingkah laku langsang dalam kalangan pelajar merupakan satu masalah di sekolah. Sebagai satu ikhtiar pencegahan, maka pihak PDRM telah memperkenalkan Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah laku Pelajar (SPPTP) untuk menangani masalah tingkah laku langsang. Walaupun SPPTP telah dilaksanakan, namun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Su, Haron
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11478/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11478/2/s900828_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11478/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tingkah laku langsang dalam kalangan pelajar merupakan satu masalah di sekolah. Sebagai satu ikhtiar pencegahan, maka pihak PDRM telah memperkenalkan Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah laku Pelajar (SPPTP) untuk menangani masalah tingkah laku langsang. Walaupun SPPTP telah dilaksanakan, namun kes jenayah kelangsangan dalam kalangan pelajar masih lagi meningkat. Sehubungan itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan sistem yang sedia ada bagi mencadangkan model penambahbaikan yang Baharu bagi mencegah tingkah laku langsang dalam kalangan pelajar bermasalah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran kuantitatif yang disokong oleh kualitatif. Borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan data pelajar secara teknik persampelan bertujuan. Perbincangan kumpulan fokus dengan melibatkan informan yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Guru dan Ibu Bapa bagi mendapatkan data sokongan. Hasil analisis data menunjukkan tahap tingkah laku langsang pelajar berada pada tahap yang sederhana akibat pemantauan pihak PDRM. Majoriti informan menyatakan keberkesanan model SPPTP dalam mengurangkan dan mencegah tingkah laku langsang. Analisis data kuantitatif menunjukkan tingkah laku langsang tidak berbeza secara signifikan mengikut faktor demografi yang dikaji. Pemodelan Persamaan Struktur (SEM) digunakan untuk melihat keberkesanan SPPTP. Hasil menunjukkan peranan ibu bapa, penglibatan pelajar, peranan PIBG, penyebaran maklumat, kemahiran insaniah melalui intervensi kaunseling dan tugasan PPS berkesan secara sederhana dalam menangani tingkah laku langsang pelajar. Berdasarkan kepada hasil penilaian sistem sedia ada ini, model SPPTP ini boleh ditambahbaik dengan unsur-unsur seperti bimbingan dan intervensi kaunseling, bengkel ilmu kriminologi dan koreksional serta penerangan tentang ilmu poligraf dan biomatrik bagi memantapkan lagi kesan intervensi kepada pelajar-pelajar bermasalah terutama tingkah laku langsang. Model SPPTP yang telah ditambahbaik sebagai sumbangan kepada usaha pencegahan dan pengurangan kadar tingkah laku langsang yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah