Peranan Ketahanan Diri Sebagai Mediator Antara Kepemimpinan Pelajar Dan Kemahiran Kerja Berpasukan Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah Menengah Malaysia

Penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum dilihat sebagai satu medium pembentukan daya kepemimpinan, ketahanan diri dan kemahiran kerja pasukan. Namun begitu, jika kemahiran ini tidak diterapkan, tidak dipraktis atau tidak diamalkan dari alam persekolahan lagi, ia akan menjadi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noorhazlina Fairuz, Fauzi
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://etd.uum.edu.my/11342/1/depositpermission-s905265.pdf
https://etd.uum.edu.my/11342/2/s905265_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11342/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum dilihat sebagai satu medium pembentukan daya kepemimpinan, ketahanan diri dan kemahiran kerja pasukan. Namun begitu, jika kemahiran ini tidak diterapkan, tidak dipraktis atau tidak diamalkan dari alam persekolahan lagi, ia akan menjadi isu serius dalam kesediaan tenaga kerja pada masa hadapan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kepemimpinan pelajar terhadap kemahiran kerja berpasukan dalam aktiviti kokurikulum pelajar sekolah menengah dan peranan ketahanan diri sebagai mediator. Reka bentuk tinjauan secara keratan rentas menggunakan pendekatan kuantitatif diaplikasikan dalam proses pengumpulan data. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik Student Leadership Practices Inventory (SLPI), Resilience Quotient, dan Teamwork Skills Questionnaire. Sejumlah 480 orang responden yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Zon Timur terlibat dalam kajian ini. Pensampelan kluster kelompok dan pensampelan rawak mudah telah digunakan. Data kuantitatif kajian dianalisis dengan analisis statistik Ujian-t, Korelasi Pearson, dan Regresi Berganda. Dapatan menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara kepemimpinan pelajar dengan ketahanan diri dan kemahiran kerja berpasukan. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan dimensi kepemimpinan pelajar berpengaruh secara signifikan ke atas ketahanan diri dan kemahiran kerja berpasukan dalam aktiviti kokurikulum pelajar sekolah menengah. Dapatan kajian juga menunjukkan ketahanan diri berperanan sebagai mediator separa terhadap hubungan antara kepemimpinan pelajar dan kemahiran kerja berpasukan, di mana empat dimensi utama ketahanan diri iaitu dimensi teratur dan yakin; proaktif dan penyelesaian; fleksibel dan penyesuaian; serta visi peribadi telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama. Kesimpulannya, kajian ini menghasilkan satu kerangka teori yang signifikan bagi menunjukkan tahap kepemimpinan pelajar dan ketahanan diri yang tinggi dapat mempengaruhi kemahiran kerja berpasukan dalam aktiviti kokurikulum. Justeru itu, pemegang taruh dalam setiap peringkat pengurusan pendidikan dan penyelidik seharusnya memberi perhatian sewajarnya dalam pengupayaan pelajar bagi melahirkan pelapis kepimpinan yang seimbang dalam pelbagai aspek kemahiran.