Kerangka kerja baharu bagi model penilaian prestasi P&P di Institusi Pengajian Tinggi, menggunakan kaedah pembuatan keputusan berbilang kriterium dan kaedah pengelompokan data

Pengukuran prestasi merupakan satu kaedah yang mengukur pencapaian prestasi bagi sesebuah pusat pendidikan tinggi (IPT) berpandukan pada satu takat ukur yang berpiawaian. Ianya perlu dilaksanakan dengan lebih adil, seimbang dan berfokus dengan mengambil kira latar belakang, kemampuan serta kebolehca...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Siti Rasifah, Ahmad Roshidi
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2024
主題:
在線閱讀:https://etd.uum.edu.my/11320/1/depositpermission.pdf
https://etd.uum.edu.my/11320/2/s902318_01.pdf
https://etd.uum.edu.my/11320/3/s902318_02.pdf
https://etd.uum.edu.my/11320/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pengukuran prestasi merupakan satu kaedah yang mengukur pencapaian prestasi bagi sesebuah pusat pendidikan tinggi (IPT) berpandukan pada satu takat ukur yang berpiawaian. Ianya perlu dilaksanakan dengan lebih adil, seimbang dan berfokus dengan mengambil kira latar belakang, kemampuan serta kebolehcapaian bagi menjamin kecemerlangan dan kelestarian sesebuah IPT. Penyelidikan dan pembangunan (P&P) di IPT adalah antara perkara yang diukur selain pengajaran dan pembelajaran, dimana kesemuanya berkait rapat dan mempengaruhi presasi pencapaian bagi sesebuah IPT. Sehubungan itu, objektif utama kajian adalah membangunkan kerangka kerja baharu bagi mengukur prestasi P&P di IPT dengan lebih bersistematik. Kajian ini melibatkan kaedah kajian kes di Universiti A yang merangkumi aktiviti pembahagian peruntukan indeks petunjuk prestasi (KPI) kepada semua pusat pengajian. Keperluan utama bagi kajian ini adalah untuk mempertingkatkan dan memperbaiki pencapaian IPT dalam konteks P&P agar dapat mencapai kedudukan yang baik di peringkat global. Sehubungan itu, pengaplikasian sistem sokongan keputusan (SSK) berbilang kriterium (MCDM) dan Teknik pengelompokan data dilihat lebih berstruktur dan menyeluruh. Ini bagi memastikan keputusan yang dibuat lebih komprehensif berdasarkan kepada proses pengutamaan (prioritization) KPI agar proses pembuatan keputusan lebih rasional dan konsisten berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, melalui teknik pengelompokan data juga dilihat dapat memastikan aspek kesepadanan terhadap kebolehcapaian serta latar belakang pusat pengajian diambil kira semasa pembahagian KPI. Hasil aktiviti pengesahan muka bersama responden mendapati bahawa kerangka kerja Baharu adalah signifikan membantu dari aspek kebolehgunaan dan proses kerja yang mudah difahami serta memudahkan proses pembuatan keputusan dibuat. Oleh demikian, proses pembuatan keputusan akan lebih bersistematik, terfokus bagi menjamin kecemerlangan dan kelestarian P&P di IPT