Amalan tidak berintegriti: remeh tapi salah
Kajian ini merupakan sebuah sorotan kajian mengenai integriti. Integriti merangkumi pelbagai nilai murni termasuk kesopanan, ketepatan, kebolehpercayaan, ketekunan, kemuliaan, kesederhanaan, ketinggian peribadi, jujur, ikhlas, amanah, berpegang pada janji, bercakap benar, dan pelbagai sifat positif...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Secholian Publication
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/97451/1/MohamadIzzuan2021_AmalanTidakBerintegritiRemeh.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/97451/ http://dx.doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.964 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merupakan sebuah sorotan kajian mengenai integriti. Integriti merangkumi pelbagai nilai murni termasuk kesopanan, ketepatan, kebolehpercayaan, ketekunan, kemuliaan, kesederhanaan, ketinggian peribadi, jujur, ikhlas, amanah, berpegang pada janji, bercakap benar, dan pelbagai sifat positif lain. Akan tetapi, sesuatu organisasi tidak mampu mencapai kecemerlangan jika berlaku masalah dalaman yang berpunca dari integriti atau jika terdapat pengaruh luar yang tidak diselesaikan berikutan kelemahan institusi itu sendiri. Kebanyakan masalah integriti yang dibangkitkan adalah merujuk kepada hal-hal yang remeh yang sering berkait dengan bidang masing-masing, walau bagaimanapun, ia tetap salah dan perlu diperbetulkan. Oleh itu, terdapat keperluan terhadap mengenal pasti punca kelemahan pembudayaan dan penguatkuasaan integriti dalam sesuatu organisasi, khasnya dalam diri masyarakat. Hasil dari permasalahan yang berbangkit ini, dua kemungkinan telah digariskan yang bertujuan membincangkan faktor isu ini sukar menunjukkan yang ianya akan berakhir. Hasil sorotan kajian mendapati, pengetahuan dan pembudayaan tentang isu integriti dilihat menjadi kelemahan ketara dalam kegagalan pengaplikasian integriti dalam pekerjaan. Oleh itu, kefahaman tentang konsep integriti seorang kakitangan adalah perlu bagi memperlihatkan keselarasan antara kata-kata dengan perlakuan, bertindak bersandarkan kepada prinsip moral, etika dan undang-undang, serta mengutamakan kepentingan umum melebihi kehendak diri dan melakukan kerja dengan komprehensif, holistik dan relevan. Selain itu, budaya organisasi berlandaskan piawai etika yang tinggi harus menjadi penggerak dan pengaruh positif kepada amalan tingkah laku beretika dalam kalangan pekerja. |
---|