Sistem penilaian prestasi sektor awam di Malaysia: pemikiran semula terhadap peranan dan tanggungjawab pegawai penilai prestasi

Penilaian prestasi adalah salah satu aktiviti terpenting dalam amalan pengurusan sumber manusia. Impak dari sistem penilaian prestasi adalah sangat signifikan kepada pekerja kerana kaitan langsung terhadap kadar upah atau gaji yang akan diterima oleh pekerja. Organisasi akan menerima kesan langsung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad, Rusli, Ismail, Azman, Wan Ismail, Wan Khairuzzaman
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Management and Human Resource Development, Universiti Teknologi Malaysia 2007
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/8414/5/WanKhairuzzamanWanIsmail2007_SistemPenilaianPrestasiSektorAwam.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/8414/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penilaian prestasi adalah salah satu aktiviti terpenting dalam amalan pengurusan sumber manusia. Impak dari sistem penilaian prestasi adalah sangat signifikan kepada pekerja kerana kaitan langsung terhadap kadar upah atau gaji yang akan diterima oleh pekerja. Organisasi akan menerima kesan langsung yang bersifat negatif jika sistem penilaian prestasi yang dijalankan dilihat sebagai satu sistem yang tidak teratur, bersifat tidak adil dan menindas pekerja. Motivasi pekerja yang menurun, produktiviti tidak mencapai tahap kualiti yang ditetapkan dan komitmen pekerja yang tidak stabil memberi kesan kepada prestasi keseluruhan organisasi yang terlibat. Tinjauan kajian yang dijalankan terhadap sistem penilaian prestasi pekerja di beberapa agensi kerajaan menunjukkan dapatan kajian yang membimbangkan. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan penilai prestasi tidak mempunyai tahap kompetensi yang mencukupi dalam bidang-bidang yang diperlukan berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab utama mereka untuk tujuan penilaian prestasi. Ini menyebabkan mereka tidak mampu berperanan secara berkesan dan cekap. Keadaan ini memberi implikasi negatif kepada penerimaan pekerja terhadap keputusan yang dibuat. Artikel ini membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh pegawai penilai prestasi. Cadangan dikemukakan untuk penambahbaikan yang bersifat serta merta, jangka pendek dan jangka panjang.