Strategi pembelajaran projek pembangunan produk multimedia kreatif secara kolaboratif
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengembangan kreativiti pelajar secara interaksi sosial melalui projek pembangunan produk multimedia kreatif (PMK) di kelas literasi komputer (LK). Subjek kajian ialah seramai 103 pelajar tingkatan satu dan dua di sebuah sekolah luar bandar. Pengkaji berperanan se...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UTM Press
2006
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/8018/1/SitiFatimahMohdYassin2006StrategiPembelajaranProjekPembangunanProduk.PDF http://eprints.utm.my/id/eprint/8018/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengembangan kreativiti pelajar secara interaksi sosial melalui projek pembangunan produk multimedia kreatif (PMK) di kelas literasi komputer (LK). Subjek kajian ialah seramai 103 pelajar tingkatan satu dan dua di sebuah sekolah luar bandar. Pengkaji berperanan sebagai instrumen utama kajian, peserta aktif, guru komputer dan pereka bentuk pengajaran. Teknik-teknik triangulasi pelbagai teori, kaedah dan data digunakan untuk mengukuhkan kebolehpercayaan dan kesahan kajian kualitatif. Kajian kes pelbagai, pendekatan symbolic interactionism dan pendekatan grounded theory digabungjalinkan dalam reka bentuk triangulasi pelbagai kaedah bagi pengumpulan dan penganalisisan data. Data yang terdiri daripada pelbagai sumber dan teknik dianalisis sehingga teori dasar dan model projek pembangunan PMK dibentuk secara induktif. Potensi kreativiti semula jadi pelajar sebagai pereka bentuk dm pembangun PMK boleh dikembangkan melalui strategi pembelajaran projek pembangunan PMK secara kolaboratif di kelas LK. Model ini boleh direplikasi dengan pengubahsuaian mengikut konteks prasarana multimedia di kelas-kelas komputer yang lain. |
---|