Interaksi verbal pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah

Pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah rendah telah dilaksanakan berdasarkan kepada saranan pendekatan konstruktivisme. Bagi mengkaji apa yang berlaku di bilik darjah, maka satu kajian interaksi verbal bilik darjah telah dijalankan. Bagi tujuan ini 20 orang guru sains tahun lima dan enam bersa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Tay, Chong Seng, Arshad, Mohammad Yusof
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/7678/1/P50-Yusuf.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/7678/
https://www.researchgate.net/publication/279637798_Interaksi_verbal_pengajaran_dan_pembelajaran_sains_sekolah_rendah
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah rendah telah dilaksanakan berdasarkan kepada saranan pendekatan konstruktivisme. Bagi mengkaji apa yang berlaku di bilik darjah, maka satu kajian interaksi verbal bilik darjah telah dijalankan. Bagi tujuan ini 20 orang guru sains tahun lima dan enam bersama pelajarnya dan dua sesi pengajaran diperhati dan dirakamkan. Data direkodkan melalui Instrumen Pemerhatian berlandaskan kepada Pendekatan Konstruktivisme (IPPK) yang dibina terutamanya berdasarkan kepada ‘Flanders’ Interaction Analysis Categories’ (FIAC) dan ‘Science Teaching Observation Schedule’ (STOS). Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa interaksi verbal yang berlaku adalah banyak kepada pernyataan guru yang merupakan syarahan disusuli dengan keadaan senyap/kekeliruan. Ini menunjukkan bahawa guru masih mendominasikan interaksi verbal dan adalah lebih berpusatkan kepada guru. Penyoalan guru dan aktiviti yang dimulai oleh pelajar berlaku pada tahap yang minimun. Amalan yang sedemikian, tidak akan membantu pelajar ke arah pembelajaran yang aktif dan bermakna sebagaimana yang dituntut di bawah pendekatan konstruktivisme. Oleh itu, amalan pendekatan ini perlu dinilai semula bagi memastikan keberkesanannya.