Profil ciri-ciri pekerja cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis perspektif islam

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu profil ciri-ciri pekerja yang cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis dari perspektif Islam. Profil ini berupaya untuk digunakan sebagai penanda aras kepada majikan dalam mendapatkan pekerja cemerlang yang diperlukan oleh sesebuah or...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Nooraini, Mohd Noor, Noor Idahwati
Format: Article
Language:English
Published: 2011
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/14343/1/Abstract-ICHRD2011.docx
http://eprints.utm.my/id/eprint/14343/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu profil ciri-ciri pekerja yang cemerlang mengikut persepsi majikan dan berasaskan analisis dari perspektif Islam. Profil ini berupaya untuk digunakan sebagai penanda aras kepada majikan dalam mendapatkan pekerja cemerlang yang diperlukan oleh sesebuah organisasi. Kandungan analisis akan digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri pekerja cemerlang dari perspektif Islam. ciri-ciri tersebut akan dianalisis, disahkan dan dibentuk untuk dijadikan item dalam borang soal selidik responden. Sampel kajian pula terdiri daripada pekerja Islam dalam negeri Johor. Data yang telah dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik lanjutan seperti PCA (Principle Component Analysis) dan SEM (Structural Equation Modeling). Kaedah tersebut bertujuan untuk melakukan pembersihan terhadap data yang dikumpulkan, mengecilkan data melalui pembentukan kluster dan mengesahkan konstruk profil. Kajian ini cuba menjawab persoalan kajian berikut: 1) Apakah ciri-ciri pekerja cemerlang berasaskan perspektif Islam? 2) Apakah konstruk/ dimensi bagi profil tersebut? 3) Apakah nilai kesahan dan kebolehpercayaan profil yang dihasilkan?