Penggunaan simulasi komputer bagi memahami konsep pekali dan subskrip dalam formula dan tindak balas kimia

Kerangka alternatif yang dipegang oleh pelajar seringkali bercanggah dengan konsep sains dan ia menghambat proses pengajaran dan permbelajaran. Bagi mengubah kerangka altematif ini, artikel ini membincangkan penggunaan simulasi komputer bagi mewujudkan konflik kognitif dan memupuk perubahan pengkons...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Choo, Hooi Ling, Arshad, Mohammad Yusof
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/id/eprint/12250/1/ChooHooiLing_PenggunaanSimulasiKomputerBagiMemahamiKonsep2001%202.pdf
http://eprints.utm.my/id/eprint/12250/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerangka alternatif yang dipegang oleh pelajar seringkali bercanggah dengan konsep sains dan ia menghambat proses pengajaran dan permbelajaran. Bagi mengubah kerangka altematif ini, artikel ini membincangkan penggunaan simulasi komputer bagi mewujudkan konflik kognitif dan memupuk perubahan pengkonsepan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam mempelajari konsep pekali dan subskrip dalam tajuk 'Formula Dan Tindak Balas Kimia' . Dengan itu, satu perisian yang berasaskan simulasi komputer telah dibina dengan menggunakan Model Generatif-Inkuiri bagi membantu pelajar mempelajari konsep pekali dan subskrip dalam formula dan tindak balas kimia. Bagi menguji keberkesanan perisian yang dibina, seramai lima belas orang pelajar tingkatan empat telah dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian kefahaman. Interaksi mereka dengan perisian dicerap dan dianalisis melalui kaedah data logging dan temubual. Hasil kajian mendapati penggunaan simulasi komputer berupaya merealisasikan konsep-konsep abstrak, dapat mewujudkan konflik kognitif dan seterusnya membantu pelajar mengubah kerangka altematif mereka. Ini juga menunjukkan bahawa penggunaan Model Generatif-Inkuiri dalam perisian dapat meningkatkan pemikiran aras tinggi pelajar dan seterusnya memupuk perubahan pengkonsepan dalam tajuk yang dikaji.