Modul pembelajaran kendiri (MPK) subjek Information And Communication Technology (ICT) tingkatan 4
Dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran, sebuah modul ICT tingkatan empat telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ianya merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang selari dengan strategi pembelajaran SeDAAP yang disarankan KPM. Modul yang dihasilkan berdasar...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.utm.my/id/eprint/11952/1/Modul_Pembelajaran_Kendiri.pdf http://eprints.utm.my/id/eprint/11952/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam mempelbagaikan kaedah pembelajaran, sebuah modul ICT tingkatan empat
telah dibangunkan berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Ianya
merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang selari dengan strategi pembelajaran SeDAAP
yang disarankan KPM. Modul yang dihasilkan berdasarkan teori konstruktivisme ini adalah
bertujuan supaya pelajar dapat membina sendiri pengetahuan dan menjadikan pembelajaran lebih
bermakna. Modul ini mengandungi tiga bab yang merangkumi bidang pembelajaran bagi
tingkatan empat iaitu Information and Communication Technology and Society, Computer
Systems dan Computer Networks and Communications. Modul ini adalah modul bertulis bersaiz
B5 yang dijilidkan mengikut bab. Isi pelajaran yang ditulis dalam Bahasa Inggeris tidak
disampaikan secara terus, sebaliknya pelajar perlu melakukan pencarian maklumat bagi
mendapatkan isi kandungan bagi setiap topik. Aktiviti disediakan dalam setiap bab bagi menilai
kefahaman pelajar. Satu analisis telah dijalankan ke atas 20 responden yang terdiri daripada
pelajar yang akan mengajar subjek ICT di sekolah dan seorang pakar untuk menilai isi
kandungan modul ini.. Kajian ini mendapati bahawa pelajar dan pakar bersetuju mengatakan
bahawa modul ini menepati silibus yang digariskan oleh KPM dan penggunaan modul
pembelajaran ini memberikan implikasi yang positif dan ianya amat membantu pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian pakar menunjukkan modul yang dihasilkan cukup
baik dari segi kandungan, cara penyampaian dan reka bentuk. Walau bagaimanapun, modul ini
masih boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan modulnya lebih berkualiti. Diharap dengan adanya
modul pembelajaran ICT ini, pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri. |
---|