Pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja di pejabatan tanah di Kelantan.

Kajian ini dijalankan bertujuan meneroka pengalaman pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Kelantan. Pembelajaran informal antara kaedah penting peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetesi di tempat kerja. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualit...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Yusof, Nur Farahin, Abd. Hamid, Mohd. Azhar, Othman, Muhammed Fauzi, Balwi, Mohd. Koharuddin, Markom, Mohd. Nasir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2022
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/104353/1/NurFarahinMohdYusofMuhammadFauziOthmanMohdAzharAbdHamid2022_PengalamanPembelajaranInformalDalamKalanganPekerja.pdf
http://eprints.utm.my/104353/
https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/411
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan meneroka pengalaman pengalaman pembelajaran informal dalam kalangan pekerja di Pejabat Tanah dan Jajahan Kelantan. Pembelajaran informal antara kaedah penting peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetesi di tempat kerja. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya. Teknik temu bual secara semi berstruktur digunakan melalui teknik persampelan bertujuan. Lima pekerja di organisasi berkaitan telah dipilih sebagai informan kajian. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu mengenalpasti faktor yang mendorong pekerja melaksanakan pembelajaran informal; mengenalpasti strategi yang digunakan dalam pembelajaran informal dan meneroka kesan pembelajaran informal terhadap pekerja. Data yang diperolehi daripada temubual ditranskrip verbatim dan dianalisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian menunjukkan, pekerja terdorong untuk belajar kerana faktor motivasi; tuntutan kawasan persekitaran dan keperluan kerja. Strategi pembelajaran pula pelbagai seperti menggunakan strategi bahan bacaan; media elektronik; kaedah pemerhatian dan berdialog dengan orang yang lebih pakar. Selain itu, kesan pembelajaran informal dalam kalangan pekerja adalah berlakunya peningkatan pengetahuan seperti ilmu undang-undang hartanah, kemahiran dalam menguruskan tugasan terutama di lapangan dan meningkatkan profesionalisme serta memperbaiki sikap mereka terhadap kerja.