Pembinaan modul pembelajaran elektronik matapelajaran fisiologi bagi pelajar Kursus Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Perubatan), KUITTHO

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesesuaian Modul Pembelajaran Elektronik (MPE) bagi mata pelajaran Fisiologi di kalangan pelajar Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Perubatan), KUiTTHO. MPE yang dihasilkan adalah dalam bentuk cakera padat (CD) interaktif. Instrumen kajian yang digunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Mustafa, Masherna
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8721/1/24p%20MASHERNA%20MOHD%20MUSTAFA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8721/2/MASHERNA%20MOHD%20MUSTAFA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8721/3/MASHERNA%20MOHD%20MUSTAFA%20WATERMARK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8721/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesesuaian Modul Pembelajaran Elektronik (MPE) bagi mata pelajaran Fisiologi di kalangan pelajar Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Perubatan), KUiTTHO. MPE yang dihasilkan adalah dalam bentuk cakera padat (CD) interaktif. Instrumen kajian yang digunakan adalah set soal selidik. Seramai 20 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) ver 10.0 untuk mendapatkan nilai skor min. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi respon yang positif mengenai kefahaman isi, reka bentuk interaksi, motivasi, kesesuaian elemen-elemen multimedia dan keselesaan pengguna yang disediakan oleh MPE ini. Di bahagian akhir kajian ini, disertakan beberapa cadangan yang mungkin berguna untuk memperbaiki kelemahan modul ini.