Penggunaan strategi pembelajaran pengarahan kendiri di kalangan pelajar-pelajar jurusan perakaunan
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap Strategi Pembelajaran Pengarahan Kendiri (SPPK) di kalangan para pelajar jurusan perakaunan, Jabatan Perdagangan, di 3 buah politeknik iaitu Politeknik Shah Alam, Politeknik Kota Melaka dan Polikteknik Port Dickson. Secara khususnya, objektif...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8716/1/24p%20KAHARUDDIN%20OSMAN%20HARLINDA%20AHMAD%20LOGAISWARI%20INDIRAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8716/2/KAHARUDDIN%20OSMAN%20HARLINDA%20AHMAD%20LOGAISWARI%20INDIRAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8716/3/KAHARUDDIN%20OSMAN%20HARLINDA%20AHMAD%20LOGAISWARI%20INDIRAN%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8716/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap Strategi Pembelajaran
Pengarahan Kendiri (SPPK) di kalangan para pelajar jurusan perakaunan, Jabatan
Perdagangan, di 3 buah politeknik iaitu Politeknik Shah Alam, Politeknik Kota Melaka
dan Polikteknik Port Dickson. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk
melihat penggunaan ciri-ciri strategi pembelajaran pengarahan kendiri di kalangan
pelajar terbabit. Ciri-ciri yang terlibat adalah memahami isi pelajaran, motivasi,
metakognitif, strategi pembelajaran, kepekaan konteks dan penggunaan sumber luaran
sebagai bantuan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data yang diperlukan
adalah menerusi pengedaran borang soal selidik kepada para responden. Kemudian,
data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Dapatan
kajian yang diperolehi dipersembahkan dalam bentuk jadual taburan min dan graf garis
(line graf) bersertakan interpretasinya. Responden kajian adalah seramai 180 orang
pelajar iaitu dari tiga buah politeknik yang telah ditetapkan. Kaedah yang digunakan
untuk mengira jumlah responden itu adalah melalui kaedah persampelan strata. Dapatan
kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar semester 1 dan 6 mempunyai ciri-ciri
SPPK tetapi di tahap yang rendah. Antara cadangan untuk meningkatkan ciri-ciri
tersebut ialah dengan meningkatkan isi pelajaran, membina dan meningkatkan motivasi
pelajar, membantu menentukan strategi pembelajaran, metakognitif,
memperkembangkan kepekaan konteks dan seterusnya meningkatkan penggunaan
sumber luaran. |
---|