Pengaruh pemanduan bas rapid terhadap penggunaan bahan bakar
Bilangan kenderaan di atas jalan raya mengalami peningkatan pada setiap tahun. Ianya membawa kepada kesesakan jalan raya terutama di dalam kawasan bandar. Pengangkutan bas awam merupakan pilihan terbaik sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan. Namun begitu, terdapat beberapa halangan daripada...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/637/1/24p%20AHMAD%20IRSYADUDDIN%20BIN%20AMIR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/637/2/AHMAD%20IRSYADUDDIN%20BIN%20AMIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/637/3/AHMAD%20IRSYADUDDIN%20BIN%20AMIR%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/637/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bilangan kenderaan di atas jalan raya mengalami peningkatan pada setiap tahun. Ianya membawa kepada kesesakan jalan raya terutama di dalam kawasan bandar. Pengangkutan bas awam merupakan pilihan terbaik sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan. Namun begitu, terdapat beberapa halangan daripada pengusaha syarikat bas itu sendiri untuk memberi dan mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada penumpang pada tahap yang memuaskan. Kos operasi bas merupakan salah satu faktor yang memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan bas. Sebanyak 50% kos operasi bas yang perlu ditanggung oleh pengusaha bas terdiri daripada bahan bakar. Oleh itu, kajian ini diperlukan untuk mengkaji pemanduan bas dalam kawasan bandar dan kesannya terhadap penggunaan bahan bakar. Objektif utama kajian ini adalah mentafsirkan jumlah penggunaan bahan bakar bagi pemanduan bas dalam kawasan bandar dan seterusnya menentukan pemanduan bas yang menggunakan jumlah bahan bakar tinggi. Data yang dikumpul adalah pada keadaan sebenar melibatkan dua laluan di sekitar Lembah Klang dengan menggunakan alat Sistem Kedudukan Global (GPS). Data yang diperolehi kemudian dimodelkan dengan menggunakan perisian SIDRATRIP. Analisis menunjukkan bahawa pecutan merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaan bahan bakar. Penggunaan bahan bakar paling tinggi adalah pada julat pecutan 2.01 m/s2 hingga 2.50 m/s2. Pemanduan dari keadaan pegun untuk 30km/j pertama memberi kesan penggunaan bahan bakar tinggi sebanyak 67% kadar kenaikan kerana pemandu menggunakan kadar pecutan yang tinggi. Seterusnya, kelajuan 30km/j – 70km/j hanya memberi kesan sebanyak 10% kadar kenaikan penggunaan bahan bakar. Manakala, kelajuan yang melebihi 70km/j memberi impak yang besar terhadap penggunaan bahan bakar tinggi sebanyak 19% kadar kenaikan. Hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan pecutan yang tinggi akan memberi impak yang besar terhadap penggunaan bahan bakar. |
---|