Kerangka kemahiran berfikir kritis dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran reka bentuk dan teknologi
Kemahiran berfikir secara kritis (KBK) perlu diterapkan oleh guru kepada murid semasa mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT). Walau bagaimanapun penerapan kemahiran ini belum berjaya dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana isu kompetensi guru terutamanya dalam memah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/119/1/24p%20RASIDAYANTY%20SAION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/119/2/RASIDAYANTY%20SAION%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/119/3/RASIDAYANTY%20SAION%20WATERMARK.pdf http://eprints.uthm.edu.my/119/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kemahiran berfikir secara kritis (KBK) perlu diterapkan oleh guru kepada murid semasa mengajar mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT). Walau bagaimanapun penerapan kemahiran ini belum berjaya dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana isu kompetensi guru terutamanya dalam memahami KBK. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan konstruk dan elemen dalam membangunkan kerangka KBK, menguji serta mengesahkannya. Kajian berbentuk tinjauan deskriptif menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Pengkaji turut mengumpulkan data secara analisis dokumen melalui kajian literatur, pengesahan konstruk dan elemen oleh pakar dalam bidang KBK dan RBT bagi menentu serta mengesahkan konstruk dan elemen. Sampel kajian terdiri daripada 375 orang guru yang mengajar mata pelajaran RBT di sekolah rendah Semenanjung Malaysia. Dapatan data kualitatif menunjukkan kesemua lima orang pakar dalam bidang KBK dan RBT bersetuju dan mengesahkan 9 konstruk dan 21 elemen KBK yang diperolehi daripada kajian literatur. Data kuantitatif kajian ini dianalisis dengan perisian Winsteps Version 3.69.1.11 menggunakan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis menunjukkan responden sangat bersetuju terhadap sembilan konstruk dan dua puluh satu elemen dalam KBK. Konstruk KBK yang sesuai diamalkan adalah interpretasi, analisis, penilaian, inferens, penjelasan, peraturan kendiri, andaian, penaakulan dan logik. Analisis komponen utama menunjukkan semua item telah memenuhi kriteria dengan nilai PTMEA CORR. positif dan bersifat unidimensi. Daripada kajian ini, satu kerangka KBK dalam proses pengajaran RBT telah berjaya dihasilkan serta dicadangkan sebagai panduan dan rujukan kepada guru-guru ke arah meningkatkan penguasaan kemahiran berfikir kritis dalam kalangan murid. |
---|