Hubungan Antara Personaliti Dan Persepsi Terhadap Tingkahlaku Kerja Tidak Produktif Dalam Kalangan Pekerja Industri: Kajian Literatur (Relationship Between Personalities And Perceptions Towards Unproductive Behavior Among Industrial Workers: A Literature Reviews)

Kajian mengenai perlakuan individu adalah penting dalam memahami semua bentuk perlakuan dalam pengurusan dan organisasi. Kepelbagaian tingkah laku bukan sahaja dapat memberi impak kepada individu yang berkenaan malah kepada organisasi dan industri. Pekerja yang meyakini organisasi dapat menghargai s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Norida, Mohammad Rawi, Ali Hafizar, Ariffin, Hafzan, Abdullah, Mohd Firdaus
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka 2021
Online Access:http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/25721/2/EPPTA-%20ARTIKEL%20JHCD%202021.PDF
http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/25721/
https://journal.utem.edu.my/index.php/jhcd/article/view/6167/4211
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian mengenai perlakuan individu adalah penting dalam memahami semua bentuk perlakuan dalam pengurusan dan organisasi. Kepelbagaian tingkah laku bukan sahaja dapat memberi impak kepada individu yang berkenaan malah kepada organisasi dan industri. Pekerja yang meyakini organisasi dapat menghargai sumbangan dan menjaga kebajikan mereka akan membalasnya dengan menunjukkan sikap dan tingkah laku yang positif. Kajian ini secara umumnya untuk melihat hubungan antara personaliti dan persepsi sokongan organisasi terhadap tingkah laku kerja yang tidak produktif (TLKTP) dalam kalangan pekerja industri di Melaka. Sampel kajian terdiri daripada 300 pekerja teknikal di syarikat aeroangkasa. Soal selidik yang diedar mengandungi maklumat peribadi responden dan juga dimensi-dimensi yang dikur seperti, dimensi personaliti pekerja diukur dengan Big Five Inventory. Persepsi pekerja terhadap sokongan organisasi diukur dengan Perceived Organizational Support Scale, dan maklumat tingkah laku organisasi pekerja diukur dengan Counterproductive Work Behavior Checklist. Secara signifikannya kajian ini akan memberi kefahaman dan penjelasan bagaimana aspek personaliti dan persepsi terhadap industri berupaya mempengaruhi tingkah laku pekerja dan bagaimana industri boleh menyediakan platform untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja. Berdasarkan kajian ini akan dapat mengenal pasti dimensi personaliti yang signifikan untuk meningkatkan tingkah laku yang positif, juga dapat menjelaskan apakah persepsi organisasi yang terbaik dalam meningkatkan kadar tingkah laku organisasi yang positif dan menghindarkan tingkah laku organisasi yang negatif.