Modul Pengajaran Al-Quran Braille : Tinjauan Awal
Penghasilan al-quran dan Iqra' versi Braille telah banyak membantu para guru dan MBK Masalah Penglihatan untuk mempelajari al-Quran dan sekaligus dijadikan sebagai sukatan dalam kurikulum Pendidikan Islam masa kini. Walaubagaimanapun, hasil kajian mendapati masalah utama yang dihadapi oleh...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Research Report |
Language: | Malay |
Published: |
Universiti Sains Islam Malaysia
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | http://ddms.usim.edu.my/handle/123456789/9309 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penghasilan al-quran dan Iqra' versi Braille telah banyak
membantu para guru dan MBK Masalah Penglihatan untuk mempelajari
al-Quran dan sekaligus dijadikan sebagai sukatan dalam kurikulum
Pendidikan Islam masa kini. Walaubagaimanapun, hasil kajian mendapati
masalah utama yang dihadapi oleh para guru ialah mereka tiada asas
Braille dan tidak mengetahui kod Braille a1 -Quran kerana tiada sebarang
pendedahan mengenainya semasa mengikuti Latihan Perguruan. Selain
itu, tiada kursus dan latihan berkala khususnya mengenai a1 -Quran Braille
yang disediakan untuk mereka sepanjang tempoh perkhidmatan mereka
sebagai guru pendidikan khas. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk membuat tinjauan awal terhadap kandungan modul
pengajaran al -Quran Braille untuk membantu guru Pendidikan Islam
Pendidikan Khas (GPI PK) dalam mengaplikasikan kaedah dan teknik
yang sesuai semasa mengajar Murid Berkeperluan Khas Masalah
Penglihatan (MBK MaL). Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah
kualitatif dengan mengaplikasikan metod penentuan subjek, pengumpulan
data, pemerhatian dan temu bual dalam proses pengumpulan data. Hasil
kajian mendapati bahawa terdapat enam elemen penting yang perlu
dikuasai oleh para GPI -PK iaitu MBK Masalah Penglihatan, GPI Dalam
Program Pendidikan Khas, Kod Braille, Pengantar A1 -Quran Braille,
tanda bacaan serta tanda waqafAl -Quran Braille. |
---|