Peranan Kaunselor Sekolah Mempertingkatkan Kesedaran Kerjaya dalam Bidang Sains dan Matematik di Kalangan Pelajar Bumiputera
Kekurangan pelajar bumiputera yang menceburi bidang Sains dan Matematik tidak boleh dipandang ringan sekiranya negara ingin menjadi sebuah negara yang berdaya teknologi tinggi seperti yang diinginkan dalam Wawasan 2020. Cabaran keenam Wawasan 2020 ialah untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
2010
|
Subjects: | |
Online Access: | http://dspace.unimap.edu.my/xmlui/handle/123456789/2731 http://hdl.handle.net/123456789/2731 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kekurangan pelajar bumiputera yang menceburi bidang Sains
dan Matematik tidak boleh dipandang ringan sekiranya negara
ingin menjadi sebuah negara yang berdaya teknologi tinggi
seperti yang diinginkan dalam Wawasan 2020. Cabaran keenam
Wawasan 2020 ialah untuk mewujudkan masyarakat saintifik
dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan
memandang ke hadapan. Menjelang abad ke 21, nisbah pelajar
adalah diharapkan 60% aliran Sains dan 40% aliran sastera.
Pencapaian minat pelajar dalam bidang Sains dan Matematik
disebabkan oleh beberapa faktor. Antara lain ialah pengetahuan
ke rjaya, penghargaan kendiri, dan pencapaian yang
memberangsangkan dalam bidang Sains dan Matematik.
Sebaliknya, faktor pendidikan seperti persiapan akademik yang
lemah, kekurangan perancangan kerjaya, faktor-faktor psikososial
seperti ketiadaan "role-model" dan adaptasi kerjaya yang
rendah dan persepsi peluang pekerjaan menyebabkan pelajarpelajar
kurang meminati mata pelajaran Matematik dan Sains.
Kekurangan bimbingan dan kerjaya dalam bidang ini juga
merupakan antara punca kelemahan pelajar-pelajar dalam bidang
ini. Kebanyakan pelajar meminati Sains dan Matematik kerana
lebih didorong oleh ibu bapa berbanding kaunselor. Pelajarpelajar
sering tidak mengetahuilmenyedari arah tuju hidup
mereka. Pelajar-pelajar yang kurang terdedah kepada individu
yang boleh mereka berkongsi pendapat akan bergantung kepada
maklumat dari sekolah. |
---|