Kesan tahap pelaksanaan pendidikan jasmani terhadap perkembangan motor kasar kanak-kanak dalam kalangan 7 hingga 9 tahun di Selangor, Malaysia
Program Pendidikan Jasmani (PJ) yang berkualiti adalah penting untuk membentuk perkembangan motor kasar kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai tahap pelaksanaan program PJ di sekolah-sekolah rendah di Selangor dan seterusnya menentukan kesan tahap pelaksanaan PJ terhadap perkembanga...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99399/1/ANI%20MAZLINA%20DEWI%20MOHAMED%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/99399/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Program Pendidikan Jasmani (PJ) yang berkualiti adalah penting untuk
membentuk perkembangan motor kasar kanak-kanak. Tujuan kajian ini adalah
untuk menilai tahap pelaksanaan program PJ di sekolah-sekolah rendah di
Selangor dan seterusnya menentukan kesan tahap pelaksanaan PJ terhadap
perkembangan motor kasar kanak-kanak. Soal selidik SKPM 2010 diberi
kepada 111 guru panitia PJ dan skor penarafan yang direkod digunakan untuk
menilai tahap pelaksanaan PJ di sekolah terpilih. Tahap pelaksanaan PJ ini
dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah.
Berdasarkan kepada data tahap pelaksanaan tersebut tiga sekolah yang
berbeza tahap pelaksanaan (tinggi, sederhana dan rendah) telah dipilih secara
rawak untuk dijadikan sampel kajian seterusnya. Untuk menentukan
keberkesanan tahap pelaksanaan PJ terhadap perkembangan motor kasar
kanak-kanak, skor ujian kemahiran motor kasar direkodkan. Ujian ini
menggunakan instrumen Test of Gross Motor Development 2 (TGMD-2) yang
melibatkan 12 kemahiran lokomotor (berlari, gallop, lari sisi, lenting, lompat
sebelah kaki dan lompat jauh berdiri) dan kemahiran manipulatif (pukul bola
pegun, menendang bola, menggolek bola, membaling bola, menangkap bola
dan melantun bola). Kajian ini melibatkan 605 kanak-kanak (308 lelaki dan 297
perempuan) berumur 7 hingga 9 tahun daripada 3 sekolah yang terpilih. Turut
direkod adalah pemboleh ubah kovariat Indeks Jisim Tubuh Badan (BMI),
kegiatan aktiviti fizikal (SKAF), dan status sosioekonomi (SES) bagi
menentukan hasil perbezaan adalah bukan dipengaruhi oleh pemboleh ubah
ini.
Keputusan yang diperolehi daripada bahagian pertama kajian ini menunjukkan
secara keseluruhannya tahap pelaksanaan PJ di sekolah rendah di Selangor
adalah di tahap sederhana. Aspek kepimpinan yang berimpak tinggi dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta pengurusan
organisasi sekolah yang cekap dan berkesan mengurus sumber dalam dan
luaran perlu ditingkatkan untuk memastikan tahap pelaksanaan PJ di tahap
yang tinggi, 3) keberkesanan dan kecekapan pengurusan kurikulum,
kokurikulum, sukan dan Hal Ehwal Murid melahirkan murid yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, 4) perancangan guru dan pelaksanaan
proses pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi dan 5) keberhasilan
Pendidikan Jasmani melahirkan murid yang berpengetahuan, berketrampilan,
berakhlak, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri.
Antara isu yang dikenalpasti dalam pengurusan kurikulum Pendidikan Jasmani
di sekolah ialah kekurangan guru yang berkelayakan untuk mengajar PJ
dengan berkesan.
Berdasarkan analisis MANOVA yang dijalankan untuk membandingkan skor
pra dan skor pasca perkembangan motor kasar di antara tiga tahap
pelaksanaan program PJ bagi semua kumpulan umur mendapati terdapat
kesan yang signifikan tahap pelaksanaan PJ terhadap skor perkembangan
motor kasar kanak-kanak. Walaubagaimana pun, keputusan univariat F skor
pra perkembangan motor kasar bagi kumpulan umur 7 tahun menunjukkan
tiada perbezaan yang signifikan bagi skor Age Equiavalent Locomotor (AEL)
manakala kumpulan umur 8 tahun pula menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan bagi semua skor perkembangan motor kecuali Age Equivalent
Manipulative (AEM). Keputusan univariat F skor pasca perkembangan motor
kasar bagi kumpulan umur 7 tahun menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan bagi Skor Piawai Lokomotor (SPL) dan Age Equivalent Locomotor
(AEL) manakala kumpulan umur 9 tahun pula menunjukkan tiada perbezaan
yang signifikan bagi semua skor perkembangan motor kecuali Gross Motor
Development Quotient (GMDQ). Analisis MANCOVA menunjukkan masih
terdapat perbezaan yang signifikan tahap pelaksanaan Program Pendidikan
Jasmani terhadap skor pra dan pasca perkembangan motor kasar walaupun
selepas kawalan dibuat ke atas faktor-faktor lain (BMI, SKAF dan SES).
Kesimpulannya, tahap pelaksanaan yang berbeza mempengaruhi
perkembangan kemahiran motor. Oleh itu, sekolah perlu memastikan pelan
yang berkesan untuk menyediakan memastikan pelaksanaan Program PJ yang
berkualiti tinggi dalam mencapai matlamat meningkatkan kemahiran motor
kanak-kanak. |
---|