Hubungan Kepemimpinan Transformasional Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara persepsi guru tentang kepemimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan kerja guru. Kajian ini melibatkan 241 orang guru terlatih di tiga belas buah sekolah menengah di daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. 80al selidik yang digunakan un...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9342/1/FPP_2002_28.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9342/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan di antara persepsi guru
tentang kepemimpinan transformasional pengetua dengan kepuasan kerja
guru. Kajian ini melibatkan 241 orang guru terlatih di tiga belas buah
sekolah menengah di daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. 80al selidik
yang digunakan untuk mendapat persepsi guru mengenai kepemimpinan
transformasional ialah Transformasional Leadership Behavior Inventory,
diubahsuai oleh Aminuddin (1998). Enam dimensi kepemimpinan pengetua
dikaji dalam kajian ini iaitu mengenal pasti dan menyatakan visi,
membekalkan model yang sesuai, menggalakkan penerimaan matlamat
kumpulan, mempunyai jangkaan pencapaian yang tinggi, pertimbangan
individu, stimulasi kebijaksanaan. 80al selidik yang digunakan untuk
mendapat maklumat mengenai kepuasan kerja guru ialah Job Descriptive
Index, diubahsuai oleh Majid Konting (1991). Enam dimensi kepuasan kerja
dikaji iaitu keadaan pekerjaan sekarang, gaji, peluang kenaikan pangkat,
penyeliaan, rakan sekerja dan keadaan pekerjaan keseluruhan. Setiap soal
selidik dibekal dengan skala likert lima markat, di mana 1 =sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju. 5=sangat setuju. Kajian
menunjukkan kepemimpinan transformasional pengetua adalah pada tahap
sederhana (min=3.16). Tahap kepemimpinan bagi setiap dimensi
kepemimpinan transformasional juga pada tahap sederhana. Di samping
itu, kepuasan kerja guru adalah pada tahap sederhana (min=2.90). Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan sangat
tinggi (r=0.89, p<0.05) di antara kepemimpinan transformasional pengetua
dengan kepuasan kerja guru. Adalah dicadangkan pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Oaerah harus merangka kursus kepemimpinan dan pengurusan kepada
para pengetua untuk memahami cara kepemimpinan yang efektif. |
---|