Perbezaan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
Pendekatan didik hibur ialah satu pendekatan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah secara santai dan seronok. Pengajaran guru akan menjadi lebih mesra murid supaya dapat menerima pengajaran guru tanpa berasa tertekan. Untuk melihat sejauh mana pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan d...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90725/1/FPP%202020%2019%20-%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/90725/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendekatan didik hibur ialah satu pendekatan pengajaran yang dijalankan di bilik
darjah secara santai dan seronok. Pengajaran guru akan menjadi lebih mesra murid
supaya dapat menerima pengajaran guru tanpa berasa tertekan. Untuk melihat sejauh
mana pengetahuan dan sikap guru terhadap pendekatan didik hibur dalam pengajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Hulu Langat maka satu kajian telah
dijalankan. Sampel rawak berlapis bernisbah digunakan untuk memilih 327 orang
responden yang terdiri daripada guru sekolah rendah di daerah Hulu Langat. Borang
soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data dan
dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru adalah tinggi terhadap pendekatan didik
hibur (min = 4.00, SP = 0.34) manakala sikap guru terhadap pendekatan didik hibur
dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah positif (min = 3.55, SP = 0.41). Aspek
tingkah laku guru berada pada tahap yang positif (min = 3.80, SP = 0.48) namun begitu,
aspek afektif dan kognitif berada pada tahap sederhana dengan masing-masing dengan
min = 3.64, SP = 0.50 dan min = 3.23 SP = 0.48. Seterusnya dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan
jenis sekolah [F(2, 326) = 5.906, P = .003 < .05] dan antara sikap guru dengan jenis
sekolah [F(2, 326) = 3.648, P = .027 < .05]. Walau bagaimanapun, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap
pendekatan didik hibur antara guru beropsyen Bahasa Melayu (Min = 4.00, SP = .34)
dengan guru yang tidak mempunyai opsyen Bahasa Melayu (Min = 4.02, SP = 0.34;
t(259) = -.657, p = .512 > .05) dan antara guru beropsyen Bahasa Melayu (Min = 3.56,
SP = 0.40) dengan guru yang tidak mempunyai opsyen Bahasa Melayu (Min = 3.55, SP
= 0.43; [t(245) = -.196, p = .844 > .05) serta juga tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara tahap pengetahuan terhadap pendekatan didik hibur dengan
pengalaman guru mengajar [F(2, 326) = .995, P = .371 > .05] dan antara sikap guru
terhadap pendekatan didik hibur dengan pengalaman guru mengajar [F(2, 326) = .242,
P = .785 > .05]. Secara kesimpulannya, pengajaran guru Bahasa Melayu di sekolah
rendah daerah Hulu Langat yang menggunakan pendekatan didik hibur dapat menarik minat dan rasa seronok murid untuk terus belajar mata pelajaran Bahasa Melayu seiring
dengan arus pendidikan abad ke-21 ini kerana guru memiliki tahap pengetahuan yang
tinggi dan sikap yang positif terhadap pengajaran masing-masing. |
---|