Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perubahan pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an. Ia juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan matlamat perjuangan politik Cina serta pendekatan-pendekatannya dalam memperjuangkan matlamat terse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Low, Yong San
Format: Thesis
Language:English
Malay
Published: 2000
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769/1/FEM_2000_11%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my.upm.eprints.8769
record_format eprints
spelling my.upm.eprints.87692024-01-29T06:54:15Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769/ Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an Low, Yong San Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perubahan pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an. Ia juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan matlamat perjuangan politik Cina serta pendekatan-pendekatannya dalam memperjuangkan matlamat tersebut. Dengan menggunakan gabungan pendekatan politik dan sejarah, analisis dibuat ke atas peristiwa-peristiwa penting yang memberi kesan ke atas perkembangan politik Cina sebelum perang dunia kedua sehingga tahun 1990-an. Selain itu, keputusan pi1ihan raya umum 1990, 1995 dan 1999 juga dianalisis untuk memahami pola pengundian Cina dalam dekad 1990-an. Kajian ini dijalankan berdasarkan sumber sekunder yang diterbitkan dan juga data-data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Hasil kajian menunj ukkan bahawa pola politik Cina telah mengalami beberapa fasa perubahan dari tempoh sebelum perang sehingga akhir tahun 1990-an. Didapati bahawa sebelum dan semasa perang dunia kedua (1900-1945), pola politik Cina adalah bercirikan China-centred, di mana penyertaan politik mereka adalah menerusi parti-parti politik yang masih berpaksikan negara China. Selepas perang, pola politik Cina mula beralih kepada bentuk Malaya-centred di mana beberapa parti Cina telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan mereka di Malaya (1945-1957). Bagaimanapun, selepas Malaya mencapai kemerdekaan, iaitu sepanjang zaman pemerintahan Perikatan (1957-1970), pola politik Cina berubah pula kepada bentuk confrontation-dominated yang memperlihatkan kebangkitan parti-parti pembangkang Cina yang tidak berpuas hati dengan pre stasi MCA dalam kerajaan. lni dikuti dengan pola politik Cina yang dicirikan dengan cyclical swing sepanjang tempoh pelaksanaan DEB (1970-1990), iaitu sokongan masyarakat Cina silih berganti diberikan kepada kerajaan dan pembangkang yang disebabkan oleh ketidakmampuan parti politik Cina sama ada parti komponen kerajaan mahupun pembangkang memperjuangkan kepentingan mereka. Pada tahun 1990-an, pola politik Cina pula dicirikan dengan bentuk compromise-dominated yang memperlihatkan kerjasama diwujudkan antara semua parti Cina dengan parti-parti etnik lain terutamanya pada akhir tahun 1990-an. Perubahan pola tersebut berlaku kerana kaum Cina terpaksa tunduk kepada realiti politik Malaysia, iaitu dominasi dan ketuanan politik Melayu serta kegagalan pendekatan konfrontasi dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Bagaimanapun, perubahan pola politik tersebut menunjukkan politik Cina lebih stabil dan dinamik berbanding dengan dekad-dekad lepas. lni adalah kerana politik kompromi Cina dapat memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan konflik dan ketegangan antara kaum. Sementara itu, pmbentukan sistem dua barisan (BN dan BA) membolehkan kaum Cina memainkan peranan yang lebih signifikan sebagai faktor penentu dalam pilihan raya. Hasil Kajian juga menunjukkan bahawa identifikasi parti tidak ketara dalam masyarakat Cina, sebaliknya faktor isu semasa lebih memainkan peranan dalam menentukan pilihan mereka dalam pilihan raya. Isu-isu terse but pula adalah berkait rapat dengan matlamat perjuangan mereka yang cenderung mengekalkan identiti keCinaan mereka seperti budaya, bahasa dan kepercayaan. 2000-10 Thesis NonPeerReviewed text en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769/1/FEM_2000_11%20IR.pdf Low, Yong San (2000) Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. Chinese - Malaysia - Politics and government Malay
institution Universiti Putra Malaysia
building UPM Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Putra Malaysia
content_source UPM Institutional Repository
url_provider http://psasir.upm.edu.my/
language English
Malay
topic Chinese - Malaysia - Politics and government
spellingShingle Chinese - Malaysia - Politics and government
Low, Yong San
Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an
description Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perubahan pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an. Ia juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan matlamat perjuangan politik Cina serta pendekatan-pendekatannya dalam memperjuangkan matlamat tersebut. Dengan menggunakan gabungan pendekatan politik dan sejarah, analisis dibuat ke atas peristiwa-peristiwa penting yang memberi kesan ke atas perkembangan politik Cina sebelum perang dunia kedua sehingga tahun 1990-an. Selain itu, keputusan pi1ihan raya umum 1990, 1995 dan 1999 juga dianalisis untuk memahami pola pengundian Cina dalam dekad 1990-an. Kajian ini dijalankan berdasarkan sumber sekunder yang diterbitkan dan juga data-data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Hasil kajian menunj ukkan bahawa pola politik Cina telah mengalami beberapa fasa perubahan dari tempoh sebelum perang sehingga akhir tahun 1990-an. Didapati bahawa sebelum dan semasa perang dunia kedua (1900-1945), pola politik Cina adalah bercirikan China-centred, di mana penyertaan politik mereka adalah menerusi parti-parti politik yang masih berpaksikan negara China. Selepas perang, pola politik Cina mula beralih kepada bentuk Malaya-centred di mana beberapa parti Cina telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan mereka di Malaya (1945-1957). Bagaimanapun, selepas Malaya mencapai kemerdekaan, iaitu sepanjang zaman pemerintahan Perikatan (1957-1970), pola politik Cina berubah pula kepada bentuk confrontation-dominated yang memperlihatkan kebangkitan parti-parti pembangkang Cina yang tidak berpuas hati dengan pre stasi MCA dalam kerajaan. lni dikuti dengan pola politik Cina yang dicirikan dengan cyclical swing sepanjang tempoh pelaksanaan DEB (1970-1990), iaitu sokongan masyarakat Cina silih berganti diberikan kepada kerajaan dan pembangkang yang disebabkan oleh ketidakmampuan parti politik Cina sama ada parti komponen kerajaan mahupun pembangkang memperjuangkan kepentingan mereka. Pada tahun 1990-an, pola politik Cina pula dicirikan dengan bentuk compromise-dominated yang memperlihatkan kerjasama diwujudkan antara semua parti Cina dengan parti-parti etnik lain terutamanya pada akhir tahun 1990-an. Perubahan pola tersebut berlaku kerana kaum Cina terpaksa tunduk kepada realiti politik Malaysia, iaitu dominasi dan ketuanan politik Melayu serta kegagalan pendekatan konfrontasi dalam memperjuangkan kepentingan mereka. Bagaimanapun, perubahan pola politik tersebut menunjukkan politik Cina lebih stabil dan dinamik berbanding dengan dekad-dekad lepas. lni adalah kerana politik kompromi Cina dapat memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan konflik dan ketegangan antara kaum. Sementara itu, pmbentukan sistem dua barisan (BN dan BA) membolehkan kaum Cina memainkan peranan yang lebih signifikan sebagai faktor penentu dalam pilihan raya. Hasil Kajian juga menunjukkan bahawa identifikasi parti tidak ketara dalam masyarakat Cina, sebaliknya faktor isu semasa lebih memainkan peranan dalam menentukan pilihan mereka dalam pilihan raya. Isu-isu terse but pula adalah berkait rapat dengan matlamat perjuangan mereka yang cenderung mengekalkan identiti keCinaan mereka seperti budaya, bahasa dan kepercayaan.
format Thesis
author Low, Yong San
author_facet Low, Yong San
author_sort Low, Yong San
title Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an
title_short Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an
title_full Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an
title_fullStr Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an
title_full_unstemmed Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an
title_sort pola politik cina di semenanjung malaysia dalam tahun 1990-an
publishDate 2000
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769/1/FEM_2000_11%20IR.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769/
_version_ 1789426929448779776
score 13.211869