Pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perubahan pola politik Cina di Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an. Ia juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan matlamat perjuangan politik Cina serta pendekatan-pendekatannya dalam memperjuangkan matlamat terse...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English Malay |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769/1/FEM_2000_11%20IR.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8769/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti perubahan pola politik Cina di
Semenanjung Malaysia dalam tahun 1990-an. Ia juga bertujuan untuk melihat faktor-faktor
yang mempengaruhi pembentukan matlamat perjuangan politik Cina serta
pendekatan-pendekatannya dalam memperjuangkan matlamat tersebut. Dengan
menggunakan gabungan pendekatan politik dan sejarah, analisis dibuat ke atas
peristiwa-peristiwa penting yang memberi kesan ke atas perkembangan politik Cina
sebelum perang dunia kedua sehingga tahun 1990-an. Selain itu, keputusan pi1ihan
raya umum 1990, 1995 dan 1999 juga dianalisis untuk memahami pola pengundian
Cina dalam dekad 1990-an. Kajian ini dijalankan berdasarkan sumber sekunder yang
diterbitkan dan juga data-data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Hasil kajian
menunj ukkan bahawa pola politik Cina telah mengalami beberapa fasa perubahan
dari tempoh sebelum perang sehingga akhir tahun 1990-an. Didapati bahawa
sebelum dan semasa perang dunia kedua (1900-1945), pola politik Cina adalah
bercirikan China-centred, di mana penyertaan politik mereka adalah menerusi parti-parti politik yang masih berpaksikan negara China. Selepas perang, pola politik Cina
mula beralih kepada bentuk Malaya-centred di mana beberapa parti Cina telah
ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan mereka di Malaya (1945-1957).
Bagaimanapun, selepas Malaya mencapai kemerdekaan, iaitu sepanjang zaman
pemerintahan Perikatan (1957-1970), pola politik Cina berubah pula kepada bentuk
confrontation-dominated yang memperlihatkan kebangkitan parti-parti
pembangkang Cina yang tidak berpuas hati dengan pre stasi MCA dalam kerajaan.
lni dikuti dengan pola politik Cina yang dicirikan dengan cyclical swing sepanjang
tempoh pelaksanaan DEB (1970-1990), iaitu sokongan masyarakat Cina silih
berganti diberikan kepada kerajaan dan pembangkang yang disebabkan oleh
ketidakmampuan parti politik Cina sama ada parti komponen kerajaan mahupun
pembangkang memperjuangkan kepentingan mereka. Pada tahun 1990-an, pola
politik Cina pula dicirikan dengan bentuk compromise-dominated yang
memperlihatkan kerjasama diwujudkan antara semua parti Cina dengan parti-parti
etnik lain terutamanya pada akhir tahun 1990-an. Perubahan pola tersebut berlaku
kerana kaum Cina terpaksa tunduk kepada realiti politik Malaysia, iaitu dominasi
dan ketuanan politik Melayu serta kegagalan pendekatan konfrontasi dalam
memperjuangkan kepentingan mereka. Bagaimanapun, perubahan pola politik
tersebut menunjukkan politik Cina lebih stabil dan dinamik berbanding dengan
dekad-dekad lepas. lni adalah kerana politik kompromi Cina dapat memainkan
peranan yang penting dalam mengurangkan konflik dan ketegangan antara kaum.
Sementara itu, pmbentukan sistem dua barisan (BN dan BA) membolehkan kaum
Cina memainkan peranan yang lebih signifikan sebagai faktor penentu dalam pilihan
raya. Hasil Kajian juga menunjukkan bahawa identifikasi parti tidak ketara dalam masyarakat Cina, sebaliknya faktor isu semasa lebih memainkan peranan dalam
menentukan pilihan mereka dalam pilihan raya. Isu-isu terse but pula adalah berkait
rapat dengan matlamat perjuangan mereka yang cenderung mengekalkan identiti
keCinaan mereka seperti budaya, bahasa dan kepercayaan. |
---|