Unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas

Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas. Novel ini merupakan teks KOMSAS yang digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bermula 2016. Sebagaimana kelaziman novel yang menyerlahkan unsur dialog, didapati sebanyak 8 u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Aziz @ Mohd Salleh, Nur Azimah, Mohd Hanafiah, Halis Azhan, Abu Bakar, Roslina
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2018
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68407/1/Unsur%20eufemisme%20dalam%20dialog%20novel%20Songket%20Berbenang%20Emas.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68407/
http://www.fbmk.upm.edu.my/upload/dokumen/20190424084319MAHAWANGSA_5(1)_JUN_2018.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam dialog novel Songket Berbenang Emas. Novel ini merupakan teks KOMSAS yang digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bermula 2016. Sebagaimana kelaziman novel yang menyerlahkan unsur dialog, didapati sebanyak 8 unsur dialog berdasarkan unsur eufemisme yang terdapat dalam novel Songket Berbenang Emas adalah menepati Prinsip Kesopanan Leech (1983). Namun, kajian ini hanya menampilkan enam unsur dialog yang menepati maksim Leech. Prinsip Kesopanan Leech menekankan tingkah laku dan persoalan beradab yang menghubungkan dua pihak dalam sesuatu proses komunikasi, iaitu antara diri sendiri yakni penutur dengan orang lain yakni pendengar. Proses komunikasi yang terjadi adalah hasil daripada konflik dan membawa kepada pengakhiran yang baik kepada watak utama dan juga watak sampingan, kerana unsur santun berbahasa yang dituturkan. Hal ini kerana proses komunikasi yang menjaga santun bahasa akan memberikan impak secara emosi kepada pendengar dan juga penutur itu sendiri. Kajian ini mendapati bahawa watak utama dan watak sampingan dalam novel Songket Berbenang Emas ini menyerlahkan tingkah laku dan adab dalam proses komunikasi sebagaimana tuntutan agama Islam dan masyarakat Melayu yang sopan.