Kerangka konsep bagi kejayaan guru dalam pengintegrasian ICT: pendekatan teori sosial dan budaya
Artikel ini akan mengupas kerangka konsep salah satu pendekatan Teori Sosial dan Budaya iaitu Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah (TABS) atau Cultural-Historical Activity Theory (CHAT). Perbincangan kerangka konsep ini adalah bertujuan agar penyelidik memahami penggunaan CHAT di dalam penyelidikan sai...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2018
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67752/1/GREDUC_2018-14.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67752/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Artikel ini akan mengupas kerangka konsep salah satu pendekatan Teori Sosial dan Budaya iaitu Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah (TABS) atau Cultural-Historical Activity Theory (CHAT). Perbincangan kerangka konsep ini adalah bertujuan agar penyelidik memahami penggunaan CHAT di dalam penyelidikan sains sosial terutamanya kajian yang menerangkan tentang kejayaan guru dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran mereka. CHAT adalah teori yang mempunyai sejarah pembangunannya tersendiri yang berakar umbi dari Teori Sosial dan Budaya. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan sejarah pembangunan CHAT untuk memahami mengapa dan bagaimana perspektif sosial dan budaya menjadi salah satu konsep penting dalam pembentukan CHAT. Artikel ini juga menerangkan tentang konsep CHAT yang dibincangkan secara meluas dalam sorotan literatur dan biasa diguna pakai dalam penyelidikan terutamanya yang melibatkan bidang dalam Teknologi Pendidikan. Implikasi dari artikel ini adalah pembaca dapat menggunakan CHAT dalam penyelidikan yang mana dalam masa yang sama mengdokong perspektif sosial dan budaya iaitu setiap aktiviti manusia dipengaruhi oleh persekitaran sosial yang akhirnya membentuk budaya sesuatu masyarakat atau komuniti. Artikel ini juga membantu penyelidik untuk memahami bagaimana melakukan penyelidikan secara terperinci dengan menggunakan analisis sistem aktiviti (ASA) sebagai metodologi bagi pengumpulan data dan analisis data secara menyeluruh. |
---|