Teknik IMBACK membantu mengembangkan isi karangan jenis fakta bahasa Melayu sekolah rendah

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan teknik IMBAK dalam mengembangkan isi karangan jenis fakta. Seramai 11 orang murid dari kelas Tahun 4 dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk penyelidikan tindakan yang menggunakan model Lewin (1948) dan dijalankan selama empat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Damit, Rahidah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66100/1/GREduc2015-46.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66100/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan teknik IMBAK dalam mengembangkan isi karangan jenis fakta. Seramai 11 orang murid dari kelas Tahun 4 dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk penyelidikan tindakan yang menggunakan model Lewin (1948) dan dijalankan selama empat minggu. Senarai semak pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian digunakan sebagai instrumen dalam mengumpul data dalam kajian. Data yang diperoleh diproses menggunakan gabungan data kualitatif dan kuantitatif. Hasil tinjauan awal, sampel didapati bermasalah dalam mengembangkan isi karangan fakta iaitu murid hanya menulis isi utama sahaja tanpa menghuraikan dan memberi contoh. Satu intervensi kajian telah diperkenalkan yang dinamakan sebagai Teknik IMBAK iaitu ringkasan bagi isi utama, isi sampingan, Contoh dan Kesan. Isi sampingan terhasil daripada kata tanya mengapa manakala contoh terhasil daripada kata tanya bagaimana. Berdasarkan soalan karangan, murid hanya menggunakan borang pengurusan grafik yang mengandungi teknik IMBAK sebagai satu cara melatih murid mengembangkan isi karangan jenis fakta. Hasil kajian mendapati sampel menunjukkan peningkatan dan mampu mengembangkan isi karangan jenis fakta. Sebelum intervensi dilaksanakan, pencapaian sampel adalah pada tahap penguasaan minimum iaitu mendapat markah kurang daripada lima. Setelah intervensi dilaksanakan, berlaku peningkatan pencapaikan kepada tahap cemerlang. Sampel dapat menghasilkan empat isi karangan yang lengkap dengan huraian dan contoh. Teknik IMBAK ini disarankan untuk diguna pakai kerana ia dapat melatih murid untuk mengembangkan isi karangan dan menghasilkan karangan fakta yang bermutu.