Membina ayat majmuk menggunakan kaedah "lima warna" berdasarkan jadual 'WATAK' (watak, aktiviti, tempat, alatan dan keterangan)
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid 5 Lotus dalam membina ayat majmuk menggunakan kaedah “lima warna” berdasarkan jadual ‘WATAK’. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Port Dickson. Seramai 22 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian....
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia
2015
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66093/1/GREduc2015-39.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66093/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid 5 Lotus dalam membina ayat majmuk menggunakan kaedah “lima warna” berdasarkan jadual ‘WATAK’. Kajian ini telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Port Dickson. Seramai 22 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian. Data dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, temu bual serta ujian pra dan ujian pos. Hasil tinjauan awal yang dilakukan melalui Ujian Pra (Ujian Pengesanan), menunjukkan murid-murid tidak boleh membina ayat majmuk dengan baik. Justeru satu tindakan yang berfokus untuk membantu murid meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk dalam Bahasa Malaysia ini telah diambil iaitu dengan memperkenalkan kaedah “lima warna” berdasarkan jadual ‘WATAK’ selama lebih kurang satu minggu. Proses bimbingan ini telah dijalankan semasa proses pengaajran dan pembelajaran berlaku. Berdasarkan Ujian Pos (Ujian 1) pada 10 Mac 2015, semua murid 5 Lotus menunjukkan peningkatan dari segi psikomotor iaitu boleh membina ayat majmuk dengan baik, manakala dari segi afektif murid, mereka kelihatan bersemangat untuk terus meningkatkan kemahiran masing-masing terhadap pembinaan ayat dalam Bahasa Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini dapat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan mereka membina ayat majmuk Bahasa Malaysia dengan lebih baik terutamanya pada masa akan datang. Adalah diharapkan dengan terhasilnya kajian
ini nanti akan memberi manfaat kepada guru dalam pengajaran mereka dan kepada barisan penggubal kurikulum agar menjadikannya salah satu model pengajaran dan pembelajaran kepada guru-guru di sekolah. |
---|