Keberkesanan teknik perkongsian ilmu dalam komuniti pembelajaran profesional (KPP) terhadap peningkatan kemahiran mengajar karangan bahasa Melayu

Kajian kualitatif ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan teknik sesi perkongsian ilmu dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) terhadap peningkatan kemahiran mengajar karangan Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang dipilih melalui persampelan bertuj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abu Bakar, Dima Mazlina @ Siti Aishah, Jamian, Abdul Rasid, Othman, Shamsudin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64573/1/Keberkesanan%20teknik%20perkongsian%20ilmu%20dalam%20komuniti%20pembelajaran%20profesional%20%28KPP%29%20terhadap%20peningkatan%20kemahiran%20mengajar%20karangan%20bahasa%20Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64573/
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/66483/8.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan teknik sesi perkongsian ilmu dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) terhadap peningkatan kemahiran mengajar karangan Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan lima orang peserta kajian yang dipilih melalui persampelan bertujuan di sebuah sekolah menengah harian biasa di negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik sesi perkongsian ilmu yang dibudayakan dalam KPP berupaya memberikan impak yang besar kepada pengajaran guru. Guru memperoleh amalan pedagogi baharu, manakala kemahiran mengajar sedia ada diubah suai dan diperbaiki, serta pengalaman guru lain diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana KPP mewujudkan budaya guru berkongsi, mengajar dan memberikan bimbingan secara eksklusif dalam komuniti panitia. Perkongsian ilmu seperti ini menjadi elemen penting yang akan memperkembangkan kualiti pengajaran seorang guru.