Kesan manipulasi fokus penumpuan terhadap pembelajaran kemahiran lontaran petanque

Kajian ini bertujuan menentukan kesan manipulasi fokus penumpuan (fokus luaran dan dalaman) terhadap pembelajaran kemahiran lontaran pointing petanque dengan mengawal faktor kebolehan kognitif dan efikasi-kendiri. Kajian-kajian terdahulu didapati tidak mempertimbangkan faktor-faktor ini dalam mengka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abd Aziz, Shamsharizal, Amri, Saidon, Abdullah, Borhannudin, Kok, Lian Yee
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60221/1/53-57.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/60221/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menentukan kesan manipulasi fokus penumpuan (fokus luaran dan dalaman) terhadap pembelajaran kemahiran lontaran pointing petanque dengan mengawal faktor kebolehan kognitif dan efikasi-kendiri. Kajian-kajian terdahulu didapati tidak mempertimbangkan faktor-faktor ini dalam mengkaji kesan tersebut. Justeru, isu ini penting untuk ditangani bagi memastikan kesan fokus penumpuan terhadap pembelajaran kemahiran motor tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang juga didapati memberi kesan terhadap pembelajaran tersebut. Untuk itu seramai 135 orang peserta lelaki yang tiada pengalaman dalam permainan petanque telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Mereka juga terdiri daripada individu dengan tahap kebolehan kognitif yang sama (tahap sederhana) yang ditentukan menggunakan Raven’s Advanced Progressive Matrices (APM) (Raven, Court, & Raven, 1988). Efikasi-kendiri peserta pula diukur menggunakan soal selidik yang diadaptasi dari panduan membina skala efikasi-kendiri oleh Bandura (2006). Secara umumnya dapatan kajian menyokong kajian terdahulu yang mendapati fokus penumpuan luaran memberi manfaat kepada pembelajaran kemahiran lontaran pointing petanque manakala peranan yang dimainkan oleh kebolehan kognitif dan efikasi-kendiri dibincangkan dengan lebih terperinci.