Penggunaan teknologi mudah alih: peralihan tumpuan untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam sistem pendidikan Bahasa Melayu
Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi yang saban hari mengalami revolusi turut mempengaruhi perkembangan dunia pendidikan kini. Guru sebagai individu yang bertanggungjawab mengajar dan membimbing murid di dalam bilik darjah perlu melakukan anjakan paradigma berkaitan pedagogi yang dilaksanakan...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay |
Published: |
Universiti Putra Malaysia Press
2018
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54292/1/Penggunaan%20teknologi%20mudah%20alih.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/54292/ http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/vol-4-2-november-2018 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi yang saban hari mengalami revolusi turut mempengaruhi perkembangan dunia pendidikan kini. Guru sebagai individu yang bertanggungjawab mengajar dan membimbing murid di dalam bilik darjah perlu melakukan anjakan paradigma berkaitan pedagogi yang dilaksanakan. Guru seharusnya bijak mengimbangi antara kandungan pengetahuan atau ilmu yang ingin disampaikan dan kemudiannya digabungjalin dengan kemahiran-kemahiran lain khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menggunakan teknologi mudah alih. Penggunaan teknologi mudah alih kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dunia dalam apa jua urusan. Justeru, sistem pendidikan mampu menawarkan peluang dan ruang untuk membudayakan pemikiran aras tinggi dengan menjadikan teknologi mudah alih sebagai peranti yang mendekatkan dan pemudahcara bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid yang terdiri daripada generasi Z. |
---|