Kesan teks bacaan terhadap pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Bahasa Arab di UiTM

Pemilihan teks yang sesuai dengan pengalaman pelajar merupakan asas yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran Bahasa. Teks yang susah akan membuatkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari bahasa tertentu, sebaliknya teks yang mudah difahami akan membantu pelajar menguasai bahasa dan meningkat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Ibrahim, Mohamad, Ab. Halim
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur 2016
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53504/1/Kesan%20teks%20bacaan%20terhadap%20pembelajaran%20Bahasa%20Arab%20dalam%20kalangan%20pelajar%20Bahasa%20Arab%20di%20UiTM.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/53504/
https://journal.pbmitt.org.my/index.php/volume-2-no-2-dec-2016/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemilihan teks yang sesuai dengan pengalaman pelajar merupakan asas yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran Bahasa. Teks yang susah akan membuatkan pelajar kurang berminat untuk mempelajari bahasa tertentu, sebaliknya teks yang mudah difahami akan membantu pelajar menguasai bahasa dan meningkatkan minat mereka. Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti sejauh mana teks bacaan mudah yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar yang sedia ada dapat memberi kesan kepada minat mereka dalam mempelajari Bahasa Arab. Kajian ini dijalankan ke atas 50 orang pelajar yang telah mengikuti kursus Bahasa Arab pada peringkat permulaan. Kajian menggunakan dua teks bahasa Arab yang berbeza, pertama teks bahasa Arab yang mengandungi 50% jumlah perkataan pinjaman Arab dalam bahasa Melayu seperti ustaz, madrasah, kitab, kalam, dan sebagainya. Kedua, teks Bahasa Arab yang tidak mengandungi kata pinjaman Arab yang diMelayukan. Pelajar diminta membaca dan memahami maksud teks kemudian menjawab soal selidik yang disertakan. Hasil kajian mendapati bahawa mereka boleh membaca teks pertama dan dapat menjawab soalan dengan agak baik. Sebaliknya mereka didapati lemah membaca teks kedua dan gagal menjawab soalan yang kemukakan. Kajian ini membuktikan juga bahawa pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui.