Guru cemerlang Pendidikan Moral: keperluan menguasai aspek kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dan implikasinya

Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah di samping meningkatkan kualiti pencapaian murid. Memandangkan Pendidikan Moral itu sendiri adalah kompleks, maka guru perlu mempunyai pemahaman yang kukuh dan menguasai konsep-konsep asas moral, konsep...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ettikan, Kalaiselvi, Abdullah, Nur Surayyah Madhubala, Abdul Manaf, Umi Kalthom
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Putra Malaysia Press 2015
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50992/1/Guru%20cemerlang%20Pendidikan%20Moral%20keperluan%20menguasai%20aspek%20kandungan%20dalam%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20Pendidikan%20Moral%20dan%20implikasinya.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/50992/
http://www.injet.upm.edu.my/index.php/archives/volume-1-2-november-2015
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Guru memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah di samping meningkatkan kualiti pencapaian murid. Memandangkan Pendidikan Moral itu sendiri adalah kompleks, maka guru perlu mempunyai pemahaman yang kukuh dan menguasai konsep-konsep asas moral, konsep utama Pendidikan Moral dan isi kandungan Pendidikan Moral itu sendiri sebelum mengajar muridnya. Penguasaan aspek kandungan oleh guru cemerlang Pendidikan Moral adalah sangat penting kerana ia merupakan aspek asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaupun secara umumnya diketahui guru cemerlang adalah pakar dalam mata pelajaran yang diajar, namun bagi Pendidikan Moral kelonggaran berlaku apabila majoriti guru cemerlang Pendidikan Moral tidak mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran ini. Kertas konsep ini akan menjelaskan tentang kepentingan guru menguasai pengetahuan kandungan dan konsep utama yang wajar difahami oleh guru cemerlang Pendidikan Moral di Malaysia. Perbincangan kertas ini adalah berdasarkan konsep Pendidikan Moral di Malaysia oleh Aroff, teori pengetahuan guru oleh Shulman dan teori sekolah dan perkembangan moral oleh Sugarman yang menyentuh tentang aspek penting bagi seorang guru Pendidikan Moral.