Penerapan istilah sains pertanian MBIM/MABBIM dalam penterjemahan buku Inggeris-Melayu

Proses pembelajaran dan pemindahan ilmu pengetahuan akan menjadi lebih mudah melalui penterjemahan. Dalam proses penterjemahan, penterjemah hendaklah memilih dan menerapkan istilah yang sesuai untuk bahasa sasaran supaya hasil terjemahan berkualiti dan memberi impak kepada pembaca. Kajian ini mengga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Raja Ariffin, Raja Masittah, Salleh, Che Ibrahim, Mohd Kiram, Norazlina
Format: Article
Language:English
Published: Persatuan Linguistik Malaysia 2012
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35743/1/Penerapan%20istilah%20sains%20pertanian%20MBIMMABBIM%20dalam%20penterjemahan%20buku%20Inggeris-Melayu.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/35743/
http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=1200
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Proses pembelajaran dan pemindahan ilmu pengetahuan akan menjadi lebih mudah melalui penterjemahan. Dalam proses penterjemahan, penterjemah hendaklah memilih dan menerapkan istilah yang sesuai untuk bahasa sasaran supaya hasil terjemahan berkualiti dan memberi impak kepada pembaca. Kajian ini menggariskan empat objektif iaitu, meninjau sejauh manakah para penterjemah memanfaatkan istilah yang dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka/MBIM/MABBIM dalam urusan penterjemahan buku-buku daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dalam bidang sains pertanian; meneliti sejauh manakah para penterjemah memilih dan mengaplikasikan istilah sains pertanian yang betul, tepat dan berkesan dalam kerja-kerja penterjemahan; menjelaskan faktor utama yang membawa kepada berkesannya dan ketidakberkesannya penggunaan istilah sains pertanian dalam kerja-kerja penterjemahan; dan menghuraikan masalah utama yang dihadapi oleh penterjemah berhubung dengan penggunaan dan pemilihan istilah sains pertanian dalam kerja-kerja penterjemahan. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dan responden yang ditemu bual terdiri daripada para penterjemah yang berkaitan. Data-data pula diperoleh daripada enam buah buku dalam bidang Sains Pertanian, iaitu sebanyak 332 istilah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 227 istilah (68.4%) dimanfaatkan oleh penterjemah, iaitu menunjukkan persamaan; manakala 105 istilah (31.6%) yang digunakan oleh penterjemah didapati berbeza dengan istilah yang dicipta oleh DBP/MBIM/MABBIM. Hal ini disebabkan faktor dalaman dan luaran, iaitu sikap penterjemah itu sendiri dan kekurangan istilah bidang pertanian pada waktu penterjemahan buku-buku tersebut dilakukan.