Program peningkatan profesional : pemantap pegawai akademik institusi pengajian tinggi
Perubahan keperluan dan perkembangan dalam pasaran kerja kini menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai organisasi penjana tenaga kerja yang dinamik. Cabaran menghasilkan tenaga kerja professional yang berkualiti perlu ditangani oleh setiap entiti dalam institusi khasnya tenaga pengajar a...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2007
|
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20602/1/ID%2020602.pdf http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20602/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Perubahan keperluan dan
perkembangan dalam pasaran kerja kini
menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai
organisasi penjana tenaga kerja yang dinamik.
Cabaran menghasilkan tenaga kerja
professional yang berkualiti perlu ditangani oleh
setiap entiti dalam institusi khasnya tenaga
pengajar atau pegawai akademik yang
dipertanggungjawabkan secara langsung untuk
membentuk, memimpin dan melahirkan graduan
yang barkualiti dan berdaya saing. Pegawai
akdemik institusi pengajian tinggi perlu memberi
tekanan dan tumpuan dalam tiga aspeks iaitu
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan
perkhidmatan profesional. Bagaimanakah
pegawai akademik mampu untuk terus maju
dalam menghadapi cabaran untuk mendidik
generasi akan datang dan memberi sumbangan
dalam penyelidikan dan perkhidmatan
profesional? Pegawai Akademik Universiti Putra
Malaysia telah menyahut cabaran ini dengan
merangka satu pendekatan untuk menangani
isu ini secara keseluruhan dan program tersebut
dikenali sebagai Program Peningkatan
Profesional hasil penjenamaan semula Putra
SATRIA. Program pembangunan yang dirangka
merupakan inisiatif bagi profesion akademik dan
merangkumi ketiga-tiga aspek penting pegawai
akademik universiti iaitu pembangunan dalam
pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan
perkhidmatan profesional. Sejumlah kursus
telah disenaraikan dalam program yang
ditawarkan oleh Pusat Pembangunan Akademik.
KursuS dalam program ini boleh diguna pakai
untuk Kursus Induksi, Penilaian Tahap
Kecekapan dan pemantapan kerjaya pegawai
akademik UPM. la memberikan peluang kepada
pegawai akademik untuk mengikuti program
yang sesuai dengan tahap setiap individu dan
dikendalikan oleh tenaga pakar dalaman
universiti. Program sebegini perlu dilaksana
oleh semua institusi pengajian tinggi Malaysia
bagi menjamin pemilikan tenaga
akademik yang cukup kompeten bagi mencapai hasrat melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. |
---|