Perlaksanaan kaedah SCL dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia di Universiti Putra Malaysia dan kesannya ke atas pelajar dan gred pencapaian pelajar

SCL atau kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah kaedah pengajaran terkini yang diterapkan dan digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di UPM. Berbeza dengan kaedah berpusatkan pengajar, kaedah SCL yang bersifat focus on students, constructivism, active learning, ownership...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad, Zarina
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2007
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20538/1/ID%2020538.pdf
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/20538/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:SCL atau kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah kaedah pengajaran terkini yang diterapkan dan digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di UPM. Berbeza dengan kaedah berpusatkan pengajar, kaedah SCL yang bersifat focus on students, constructivism, active learning, ownership of the experience, dan encourage students to search and research dilihat mampu untuk mendapatkan hasil pembelajaran sepertimana yang disasarkan khususnya dalam menghasilkan pelajar yang berilmu, aktif, produktif, berkebolehan dan berketerampilan. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pengajaran berasaskan SCL yang digunakan oleh pengajar-pengajar kursus umum UPM khususnya pengajar kursus Kenegaraan Malaysia serta menilai keberkesanannya melalui persepsi pelajar kursus Kenegaraan Malaysia terhadap hasil pembelajaran dan melalui pencapaian gred pelajar sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah SCL. Menerusi kajian yang telah dijalankan didapati kaedah SCL telah dilaksanakan di dalam pengajaran dan pembelajaran kursus Kenegaraan Malaysia oleh tenaga pengajar yang terlibat. Segelintir pensyarah dikesan mempelbagaikan kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar kursus Kenegaraan Malaysia kesan pengajaran dan pembelajaran berasaskan SCL adalah postitif dan berada pada tahap yang tinggi. Perbandingan pencapaian gred pelajar sebelum dan selepas perlaksanaan kaedah SCL juga menunjukkan kepelbagaian kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang dilaksanakan oleh pensyarah memberi kesan positif kepada keputusan gred pelajar daripada kaedah, pendekatan pengajaran dan penilaian yang lazim digunakan.